Director's Greeting | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» ABOUT US » Director's Greeting

Director's Greeting

Assalamualaikum, salam sejahtera,

Selamat datang ke Laman web rasmi Pusat Asasi Sains Pertanian UPM saya ucapkan kepada semua.

Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, kami telah melengkapkan laman web ini dengan pelbagai maklumat yang difikirkan perlu sebagai pendedahan awal kepada masyarakat tentang program pengajian yang di tawarkan oleh UPM terutamanya Program Asasi Sains Pertanian.

Pusat Asasi Sains Pertanian merupakan satu-satunya intiti yang menawarkan program peringkat pra-universiti khusus kepada pelajar lepasan SPM. Program ini merupakan program asasi sains setaraf dengan program asasi sains di universiti awam (UA) lain di Malaysia.

Kami menjalankan program pengajian ini selama setahun (2 semester), bertempat di Kampus UPM Serdang. Program ini telah mendapat kelulusan penawaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan juga bagi yang berkelayakan KPTM juga menawarkan Bantuan Kewangan yang dikenali sebagai (Bantuan Kewangan Asasi IPTA). Selain itu, pelajar cemerlang juga layak memohon Biasiswa Wazan UPM.

Setelah satu dekad berlalu kami telah melahirkan graduan peringkat ijazah yang berkualiti dan berdaya saing dan mempunyai jati diri yang tinggi. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik sebagai pencetus kejayaan pelajar lepasan ASPer di masa akan datang.

Semoga maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapat membantu masyarakat mendapatkan penjelasan tentang sebarang kemusykilan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih

Prof. Dr. Norihan Md Ariffin
Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian
UPM, Serdang
Selangor

Updated:: 03/10/2018 [hasniah]

MEDIA SHARING

C1542397740