Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018 | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» ACTIVITIES REPORT » Staff » Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018

Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebagsaan Tahun 2018

Pada 25 hingga 28 Oktober 2018, tenaga pengajar daripada bidang kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) UPM telah berjaya mengadakan program Perkhemahan Sains Alam Semulajadi Murid Sekolah Menengah (Sekolah Amanah) Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Program ini diadakan di Pusat Kokurikulum Daerah Langkawi, Kedah dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Pusat Kokurikulum NegeriKedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Yayasan Amir (Sekolah Amanah),Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan beberapa agensi lain.

Program ini telah disertai oleh 69 orang pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini dengan tujuan untuk memupuk minat para pelajar di dalam mata pelajaransains khususnya ilmu kimia, biologi, fizik pertanian dan alam sekitar. Melalui program ini, pelajar juga dapat menimba banyak pengalaman yang berkaitan dengan kepentingan ilmu dan sains alam semulajadi.

Para peserta, jurulatih dan fasilitator telah mendaftar dan melapor diri pada hari khamis,25 Oktober 2018 bermula jam 2.00petang. Aktiviti program dimulakan dengan taklimat kem "ice-breaking" pada jam 9.00 malam. Sebganyak 10 kumpulan telah diwujudkan dengan seorang fasilitator dan seorang jurulatih bagi setiap kumpulan.

Pada hari kedua program, aktiviti merintis hutan telah diadakan di Air Terjun Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang bermula jam 9.00pagi. Para peserta perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam selama 30 minit hingga 45 minit sebelum sampai di Air Terjun Telaga Tujuh yang sangat cantik. Air terjun ini mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuh kolah pada muka bukit.

Selesai aktiviti merintis hutan, peserta dibawa melawat ke Langkawi WildLife Park bagi aktiviti kajian habitat haiwan. Pada jam 9.00 malam, tenaga pengajar bidang kimia, PASP, UPM telah mengendalikan slot pencinta alam. Pada slot ini, peserta telah membuat projek rekacipta daripada bahan kitar semula menggunakan bahan yang telah dikumpulkan sepanjang program. Aktiviti ini bertepatan dengan tema program tersebut iaitu "Save Our Nature".

Peserta telah dibawa ke Sekolah Ayer Hangat bagi menjalankan aktiviti Langkawi Day 2018 pada jam 9.00 pagi hari sabtu 27 Oktober 2018. Pada jam 10.30pagi bermula aktiviti photo hunt di pekan kuah. Terdapat 8 checkpoint untuk pelajar menghabiskan aktiviti ini yang bermula di Komplek HIG dan berakhir di Dataran Lang.

Pada jam 2.30 petang, peserta telah membuat aktiviti kajian alam dan bentuk muka bumi di KILIM Geoforest Park. Di sini, pelajar di bawa menaiki bot untuk melihat flora dan fauna di Gua Kelawar, tempat ternakan ikan dan belangkas serta memberi makanan kepada burung helang.

Kemudian, para peserta mempelajari cara-cara menyemai benih bakau yang telah diterangkan oleh pihak LADA. Aktiviti penutup program telah diadakan pada jam 9.00 malam di Pusat Kokurikulum Daerah Langkawi. Pada hari terakhir program, selepas aktiviti khidmas, pelajar di bawa melawat ke tempat memproses minyak gamat di Nusantara Maju Enterprise. Ibu gamat yang dicampur dengan akar-akar kayu perlu dimasak selama 3 hari untuk dijadikan minyak gamat.

Sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, para peserta dibenarkan untuk membeli cenderahati dan buah tangan di Komplek HIG.

Diharap agar program ini dapat melahirkan modal insan yang dapat menghargai, mencintai dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian alam sekitarnya. kesan kemusnahan alam semulajadi terhadap kehidupan perlu diterangkan kepada pelajar dan generasi muda agar kelestarian alam semulajadi dapat dipelihara.

Disediakan oleh:

Cik Nur Syafiqah Idris (AJK Fotografi dan Dokumentasi)
Dr. Nur Hana binti Faujan (Pengarah Program)

Updated:: 01/11/2018 [hasniah]

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466998
0389466997
C1542399763