Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) menjalankan fungsi utama sebagai sebuah entiti akademik iaitu pengajaran dan pembelajaran. Program yang ditawarkan adalah Asasi Sains Pertanian iaitu program pra universiti setaraf dengan Asasi Sains dan Matrikulasi serta STPM. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM aliran sains.