Perkongsian Alumni Bacelor Senibina Landskap | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» ALUMNI ASPER » Perkongsian Alumni Bacelor Senibina Landskap

Perkongsian Alumni Bacelor Senibina Landskap

Nur Afikah Idrus

2010, Asasi Sains Pertanian (ASPer) -‘Batch 6’

Alhamdulillah, bersyukur saya dipilih menjadi salah seorang pelajar ASPer. Mendapat berita ketika saya sedang menjalani kem PLKN tentang kemasukan ke ASPer melalui panggilan telefon oleh abah untuk pengambilan bulan Jun 2010. Oleh hal demikian, saya memohon keizinan dari PLKN untuk mengundur diri kerana ingin melanjutkan pelajaran. Namun, saya masih meragui akan keputusan saya ini kerana saya khuatir, ‘apakah yang akan saya belajar di sana kelak?’. Saya bertindak menelefon pihak ASPer untuk mengetahui dengan lebih mendalam skop pembelajaran saya dan dimaklumkan bahawa subjek pertanian ialah sebagai asas pembelajaran untuk menyokong matlamat Universiti Putra Malaysia, iaitu satu-satunya universiti melopori bidang pertanian. Tambahan pula, pihak ASPer memaklumkan kepada saya bahawa ‘batch’ pengambilan kali ini akan menghabiskan pembelajaran selama satu tahun sahaja dan boleh memasuki bidang ijazah secara umum pada tahun berikutnya. Sesungguhnya saya begitu teruja dan bersemangat untuk belajar di ASPer. Terima kasih ASPer.

 Pika 1

Pelajar ASPer rata-rata ditempatkan di Kolej 13 sebagai kediaman kami dan saya merupakan ahli kuliah 4 ‘batch 6’ ASPer. Perubahan yang sedikit ketara bagi diri saya sendiri kerana sebelum ini, selama 5 tahun sekolah menengah saya bersekolah perempuan sahaja namun di sini, saya dapat bergaul dan bersahabat dengan rakan pelbagai bangsa dan agama sama ada lelaki mahupun perempuan. Alhamdulillah, kuliah saya sangat meriah dan saling membantu. Begitu juga dengan kuliah-kuliah lain dan boleh dikatakan kami pelajar ASPer amat akrab seperti sebuah keluarga. Di samping penempatan kuliah yang selesa dan hanya tertumpu di pusat asasi serta penempatan kami di Kolej 13, ini memudahkan kami untuk berkongsi maklumat serta melakukan tugasan bersama-sama.

Bagi pelajar ASPer, kami akan belajar kesulurahan subjek Sains iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan juga Matematik serta Bahasa English. Kami juga dididik dengan asas bertani di lading jagung, taman herba, lading fertegasi dan membajak sawah. Selain itu, ASPer juga memberi galakan kepada kami menanam minat untuk berusahawan dengan adanya kelas keusahawanan yang banyak membuka minda kami untuk bekerjaya di kemudian hari. Walaupun pembelajaran agak padat namun ini bukan kekangan untuk saya dan rakan-rakan untuk aktif di peringkat ASPer, kolej mahupun universiti. Hal ini sedikit sebanyak melatih saya untuk berorganisasi dan menyusun atur jadual diri agar dapat mengimbangi pelajaran dan juga kokurikulum. Pengalaman paling berharga buat saya apabila saya diberi peluang untuk melatih diri saya dalam bidang kepimpinan iaitu dilantik sebagai timbalan presiden ASPer ‘Batch 6’. Tanggungjawab dan amanah ini sangat berat namun dengan sokongan semua rakan ASPer, perlaksanakan berjaya dilaksanakan dengan baik dan segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah. Antara program yang telah kami laksanakan ialah ‘Apple Day’, Program Sekolah Angkat ‘Jalinan Bestari’, Sukan ASPer, Program Mentor-Mentee dan Majlis Apresiasi Tahunan ASPer. Bagi saya peluang menjadi pelajar ASPer ini sangat berharga dan besar nilainya.

Pada penghujung semester 3 pembelajaran di ASPer, kami diberi gambaran dan pandangan untuk pemilihan lanjutan ijazah oleh alumni ASPer sebelum ini.

Pika 2

2011, Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap – ‘Batch 16’

Pengambilan kali ini adalah julung-julung kalinya kerana pihak Fakulti Senibina dan Rekabentuk (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM) sendiri yang menawarkan 5 tempat kepada pelajar ASPer ‘Batch 6’. Saya salah seorang yang hadir untuk sesi temuduga bersama-sama 3 lagi rakan ASPer dari kuliah berasingan. Alhamdulillah, keempat-empat daripada kami berjaya melangkah ke Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap. Sesungguhnya, diri saya begitu kerdil dalam bidang ini namun kerana terlalu menyimpan azam untuk menjadi arkitek suatu hari nanti sejak di bangku sekolah menengah lagi, saya mencabar diri sendiri untuk lebih gigih dan cuba sebaiknya.

Agak sukar di awal pengajian kerana asas lukisan juga saya belum mahir tetapi dengan bantuan rakan-rakan studio serta inesiatif diri untuk bertanyakan pada ‘senior’ dan juga para pensyarah menaikan semangat saya untuk ingin tahu dengan lebih mendalam berkaitan senibina landskap

Pika 3

Perbezaan senibina landskap dan petani ialah kami bukan sahaja mencorakkan sesuatu kawasan dan memilih serta mengubah suai sesuatu kawasan namun kami juga memberi khidmat nasihat dan rundingan bagi suktur landskap. Begitu juga perbezaan kami dengan arkitek membina sesebuah bangunan atau kawasan tetapi kami dapat berunding dan melakarkan luaran kawasan.

Membezakan kami dari segi hasil karya dan skop kerja. Manakala bagi industrial mereka lebih tertumpu pada produk. Sesungguhnya senibina landskap lebih dekat dengan alam dan kami bukan semata-mata menanam pokok malah senibina landskap juga mengambil tugas dalam pengubahsuaian bandar, konservasi alam dan kemampanan persekitaran.

Pengelaman di FRSB dan terutama dalam bidang senibina landskap perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, peruntukan masa, tenaga dan duit yang lebih banyak digunakan kerana peralatan yang pelbagai serta tapak kajian yang perlu dilaksanakan berbeza mengikut semester pengajian. Namun, segalanya akan dipermudahkan jika mencari jalan yang mudah. Pada tahun 2012, saya dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Exco Kepimpinan dan Organisasi dan saya turut bergiat aktif untuk sukan olahraga dan rugby Kolej 13. Hal ini membezakan diri saya dengan rakan-rakan studio yang memaksa saya untuk lebih fokus ketika di dalam bilik kuliah dan melaksanakan tiap-tiap tugasan projek pada tepat masa. Selain itu, saya juga turut dilantik sebagai Timbalan Presiden 1 Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Bagi saya niatkan dalam hati tiap-tiap kerja dilakukan untuk diri sendiri agar menjadi khalifah bermanfaat tetapi dengan kesibukan ini bukan menjadi penghalang bagi saya untuk tidak berjaya dalam akademik. Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap dengan purata 3.502 dan mendapat Anugerah Emas Penaja Idaman Unggul Sdn. Bhd. dan Anugerah Kesuluruhan Pelajaar Terbaik 2015 FRSB.

Pika 5

Sebagai pelajar senibina landskap juga melatih diri saya untuk sering bersedia dalam setiap penyelesaian masalah dan mengawal keadaan. Alhamdulillah, saya juga turut berpeluang melawat Melbourne, Australia antara salah satu tugasan dalam subjek penghayatan alam. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk berpraktikal di Jakarta, Indonesia selama 6 bulan. Sesungguhnya peluang-peluang ini membuka minda untuk berfikir dan terus berkarya. Sedikit nasihat dan perkongsian bersama untuk saya dan bagi pelajar yang ingin berada dalam dunia ‘design’ sama ada senibina landskap, arkitek, industrial, terus tetap bersemangat walau pelbagai kesukaran datang. Peruntukan masa kepada Allah, pasti masa itu milik kita kelak. Itulah yang saya selalu praktikan dan ingatkan pada diri sendiri saat jatuh rebah dalam pembalajaran ijazah dalam dunia arkitek ini. Niatkan masa dihabiskan itu sebagai jihat ilmu.

Hormatilah pensyarah dan anggaplah mereka seperti ibu bapa kita kerana di universiti merekalah yang hampir dengan kita dan merekalah yang memberikan kita ilmu. Kawasan lingkungan FRSB sangat kecil dan mudah untuk kita dapat mengenali semua pensyarah. Sayangai staff, rakan dan persekitaran seperti keluarga kita kerana keberkatan dan doa merekalah pembuka jalan bagi kesenangan pembelajaran kita. Selalu memohon restu ibu bapa dan keluarga dalam setiap hal yang ingin kita laksanakan. Selalu memberi sama ada kudrat, wang ringgit atau perkongsian ilmu malah kasih saying kerana pasti ada pemberian lebih berharga menanti kita kelak. Fokus serta berusaha sehabis baik dan jangan membeza-beza kan sesuatu ilmu atau perihal dengan sesiapapon kerana tiap-tiap daripada kita punya kelebihan dan kekurangan yan teristimewa.

Belajarlah ke mana-mana sahaja saat kita bergerak di muka bumi ini kerana ilmu itu penyuluh kehidupan kita. In shaa Allah. Semoga kita semua dalam rahmatNya. Terima kasih semua yang membaca nukilan ini dan ribuan kemaafan atas kekurangan diri ini. Terima kasih UPM, terima kasih FRSB dan ribuan terima kasih ASPer !

Pika 3

Updated:: 08/10/2018 [hasniah]

MEDIA SHARING

C1542379250