Bengkel Jelajah Matematik 2019 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Bengkel Jelajah Matematik 2019

Bengkel Jelajah Matematik 2019

Bengkel Jelajah Matematik adalah bertujuan untuk menarik minat serta memupuk pemikiran aras tinggi pelajar terhadap subjek matematik dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan aktiviti. Bengkel Jelajah Matematik diadakan dalam dua siri dan melibatkan pelajar tingkatan dua seramai 240 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Besar, Sabak Bernam, Selangor

 

Bengkel Jelajah Matematik siri 1 telah diadakan pada 8 April 2019 yang mana pengisian bengkel ini memfokuskan kepada tajuk algebra yang melibatkan 4 projek iaitu ‘amazing algebra’, Freaking Fraction, Glad to formulate dan fun with factoring.

 

Aktiviti bagi projek ‘Amazing algebra’ adalah memfokuskan kepada pembentukan ungkapan algebra dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian. Manakala aktiviti bagi projek ‘Freaking Fraction’ adalah untuk menguji tahap pemahaman pelajar dengan perkaitan diantara pecahan, peratus dan nombor perpuluhan. Aktiviti bagi projek ‘Fun with Factoring’ adalah untuk mengukuhkan tahap pemahaman pelajar dalam topik kembangan dan pemfaktoran serta berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan aktiviti projek ‘Glad to Formulate’ adalah untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus matematik melalui aplikasi harian.

Tarikh Input: 15/04/2019 | Kemaskini: 21/05/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDcRAJ~