| PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
senarai pengumuman terkini
Persatuan Pelajar Program Asasi Sains Pertanian akan menganjurkan Hari Sukan ASPer pada 4 dan 5 Mac 2017 mulai jam 8.00pagi hingga 6.00petang. Hari sukan ini akan berlangsung di Padang A, B dan Gelanggang Kolej 2, UPM.

Pusat Asasi Sains Pertanian akan berada di Karnival Pendidikan dan Kerjaya Putrajaya selama dua hari mulai 28 hingga 29 Mac 2017 bertempat di Dewan Seri Siantan Persint 3 Putrajaya.

Anda boleh mendapatkan penjelasan dan penerangan daripada kami

Kursus PERTOLONGAN CEMAS ASAS & CPR akan berlangsung pada 30 dan 31 Mac 2017 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00petang bertempat di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti.

Pakaian kemas atau pakaian sukan.

 

Dinner pelajar Asasi Sains Pertanian UPM sesi 2016/2017 akan berlangsung pada 16 April 2017 bertempat di Dewan Banquet UPM bermula jam 8.00mlm hingga 11.00malam.

Bermula 26 April hingga 5 Mei 2017 semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian UPM akan menduduki peperiksaan akhir semester 3 bagi sesi pengajian 2016/2017. Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Sesi Pendaftaran kemasukan bagi pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2017/2018 akan berlangsung pada 1 Jun 2017.

Hebahan keputusan dijangka akan diumumkan oleh pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi pada 14-20 Mei 2017.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi UPU di url : http://www.upu.mohe.gov.my

Maklumt lanjut tentang lokasi pendaftaran serta lain-lain maklumat akan anda peroleh setelah anda menerima tawaran.

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran anda boleh berhubung dengan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan penstrukturan semula pembiayaan Bantuan Kewangan Asasi IPTA bermula sesi pengajian 2017/2018.

Pembiayaan akan diberikan kepada golongan yang pendapatan keluarga/isi rumah tidak melebihi RM10,000.

Kadar penajaan masih kekal seperti tahun sebelumnya iaitu :

  1. Elaun Wang Saku berjumlah RM2,500 setahun pengajian.
  2. Yuran pengajian dan penginapan berjumlah RM1,420 setahun pengajian dan  
  3. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya. 

 

Pelajar baharu dikehendaki mengemukakan surat permohonan beserta dengan salinan slip gaji/penyata pendapatan isi rumah yang telah disahkan oleh majikan/ketua kampung / iman. Urusetia akan mengumpul surat dan dokumen tersebut pada hari pendaftaran.

Mulai hari ini 7 Julai 2017 hingga 9 Julai 2017, seramai 250 orang pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2017/2018 akan menghadiri Kem Syoknya Agro di Melaka Tropikal Fruit Farm.

Sesi Lawatan dari University Nakhon Ratchasima Rajabhat, Thailand akan berlangsung pada 10 Julai 2017 mulai jam 9.00pg hingga 4.00petang.

Lawatan akan melibatkan para pensyarah dari university tersebut.

Akan berlangsung Majlis Bersama TNC(HEPA) dan Program Anti Dadah pada 11 Julai 2017 jam 8.00 malam bertempat di Dewan Putra 2 Kolej Serumpun.

Semua Pelajar Program Asasi Sains Pertanian diwajibkan hadir.

Pusat Asasi Sains Pertanian akan menerima pelawat dari SMK Telok Gadong pada 9 Ogos 2017 jam 9.00pagi.

Lawatan sambil belajar daro SMK Ayer Baloi akan berlangsung pada 25 Ogos 2017 jam 9.00pagi.

Pelajar ASPer kumpulan 11 hingga 15 akan menyertai Kem Syoknya Agro Siri 3 pada 19 Ogos 2017.

Akan berlangsung pada 25 Ogos 2017, Bas akan bergerak dari UPM ke MTFF jam 10.00pg 25 Ogos dan balik ke UPM 27 Ogos 2017 jam 2.00ptg (MTFF -UPM)

Makluman kepada semua pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2017/2018, Ujian MUET Speaking akan berlangsung pada 4, 5, 10, 11 dan 12 Oktober 2017, manakala Ujian Bertulis pula akan berlangsung pada 4 November 2017.

Lawatan Sambil Belajar Ke Hatyai anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi PASP akan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober 2017.

Semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan MUET perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Satu Seri Lawatan ke MIMOS Berhad anjuran Unit Fizik akan berlangsung pada 5 Oktober 2017. Lawatan bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Semua peserta akan berkumpul di dataran Kompleks Akademik E jam 8.00pagi.

PASP akan menerima lawatan dari sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr. Ismail (STUDI), pada 15 November 2017 jam 9.30pagi bertempat di Bilik Seminar Asasi 1.

PASP akan menerima pelawat dari MRSM Kuala Kelawang pada 16 November 2017 jam 8.00pagi bertempat di Bilik Seminar Asasi 1.

Makluman kepada semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian kuliah anda akan bermula pada 4 Disember 2017 (Isnin). Maklumat Jadual waktu kuliah akan diedarkan sebelum kuliah bermula.

Akan berlangsung pada 29 November 2017, mulai jam 9.00 pagi hingga 2 petang.

Program Jelajah Kaunselor ke Kampus 2017 akan berlangsung pada 28 November 2017. Staf yang berkelapangan boleh memberi maklumat penyertaan kepada Pn. Norizan Yusof dengan kadar segera.

Pendaftaran Kursus Semester Kedua Sesi 2017/2018 boleh dilaksanakan mulai hari ini. Mohon semua pelajar membaca Notis Pendaftaran Kursus yang disediakan.

  1. JADUAL WAKTU KULIAH/AMALI KURSUS ASPER
  2. JADUAL BBI2002
  3. Notis Pendaftaran Kursus

 

Dimaklumkan bahawa tawaran kedua Bantuan Kewangan Asasi IPTA telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Mohon para pelajar terlibat untuk membuat tindakan segera. Rujuk Notis BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA

Makluman kepada semua staf yang telah memberi nama untuk turut serta dalam Program Gotong-Royong 1.0 masa berkumpul adalah jam 8.30 pagi di kawasan hadapan PASP1.

Gotong-royong 2.0 akan berlangsung pada 12 Disember 2017. LOKASI ASASI 3&4.

Program akan berlangsung pada 17 hingga 22 Disember 2017. Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.gisc.my

Akan berlangsung pada 6 Januari 2017 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00ptg. Lokasi akan dimaklumkan kemudian.

Ujian satu bagi pelajar ASPer Sesi 2017/2018-2 akan bermula pada 15 Januari 2018. Mohon rujuk jadual waktu yang telah disediakan untuk makluman lanjut.

Jadual waktu Ujian 1 2017/2018-2

Makluman kepada semua pelajar untuk sesi kuliah pada minggu kedua peperiksaan akhir (8-13 Januari 2018) terdapat perubahan Bilik dan Dewan kuliah bagi sesi kuliah anda. Mohon semak lokasi bari pada :

Jadual Waktu Kuliah Minggu Kedua Peperiksaan Akhir Ijazah.

Kepada semua pelajar lepasan SPM anda boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Asasi Sains Pertanian melalui http://www.upu.mohe.gov.my

berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk anda ketahui.

Jualan Amal ASPer 2018 bakal berlangsung pada 26 Februari 2018. Terbuka kepada semua staf dan pelajar UPM. Jualan akan berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00petang. Hasil sumbangan ini akan disalurkan ke Rumah Anak Yatim.

Makluman kepada semua calon yang telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan MUET Sesi 1 2018 yang berpusat di UPM A dan UPM B, berikut adalah lokasi bilik peperiksaan anda :

NO. PUSAT BILIK KUARANTIN BILIK UJIAN
MB7024 BILIK SEMINAR ARAS 1, ASASI 1 BILIK BACAAN ARAS 1, ASASI 1
MB7025 BKPASP 3, ARAS 1, ASASI 1 BILIK PERSEDIAAN, ARAS 1, ASASI 1

Sebarang masalah atau pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh merujuk kepada En. Mohd. Fadzil atau Puan Hasniah di talian 03-89466998

Sesi Audit Dalaman PTJ Pusat Asasi Sains Pertanian akan berlangsung pada 4 dan 5 April 2018, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00petang.

Jangan tunggu saat akhir untuk membuat permohonan secara online melalui upu.mohe.gov.my
Kelewatan anda bakal menyebabkan anda hilang kelayakan untuk memasuki UA di seluruh Malaysia.
Semua permohonan dan proses kemaskini akan berakhir pada 10 April 2018 jam 11.59malam.

Terima kasih kepada pelajar lepasan SPM yang telah membuat pilihan ke program ASPer UPM. Hebahan keputusan melalui upu.mohe.gov.my dijangka akan dilaksanakan pada 21 -27 Mei 2018.

Program Syoknya Agro! 2018 bakal berlangsung pada :

  1. Siri 1 (3-5 Ogos 2018) bertempat di : Nur Laman Bestari Eco Resort (NLB) dan Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF).
  2. Siri 2 (10-12 Ogos 2018) bertempat di : Nur Laman Bestari Eco Resort (NLB) dan Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF).

Dimaklumkan bahawa semakan tawaran kemasukan ke Program Bacelor bagi pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian boleh dibuat mulai jam 4petang pada 2 Ogos 2018. Semkan boleh dibuat melalui laman eDaftar UPM.

Pelajar Asasi Sains Pertanian akan bercuti "Cuti Pertengahan Semester" pada 18 hingga 26 Ogos 2018.

Audit Pemantauan Semakan 1 EMS akan berlangsung pada 12 hingga 14 September 2018 oleh Badan Persijilan SIRIM.

Makluman kepada semua pelajar anda semua telah didaftarkan untuk menduduki Peperiksaan MUET Sesi 3 2018. Senarai nama mengikut kumpulan dan Pusat Peperiksaan telah diupload di url:Dokumen .

Anda juga boleh mencetak slip peperiksaan di url : Majlis Peperiksaan Malaysia
Anda juga diminta untuk membaca panduan menduduki peperiksaan yang disedikan di url : Dokumen

ASPer's Apple Day 2018, akan berlangsung pada 7 September 2018 bertempat di Dataran Asasi 1. Semua Staf Pusat Asasi dan pelajar ASper 2018/2019 adalah dijemput hadir. Majlis akan bermula jam 9.00pagi.

 

Bengkel Teknik Menjawab MUET Siri Akhir akan berlangsung pada 8 dan 9 September 2018 bertempat di Dewan Kuliah D UPM. Bengkel akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Peperiksaan MUET Siri 3 2018 akan berlangsung mulai 24 September hingga 2 Oktober 2018. Mohon semua pelajar membaca arahan dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ahli kumpulan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. akan melaksanakan kerja-kerja penggantian perkakasan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mulai 9 Okt 2018. Sehubungan itu kawasan UPM juga dijangka akan mengalami gangguan bekalan sementara pada 9 hingga 11 Oktober 2018. Mohon semua pelajar dan Staf mengambil langkah berjaga-jaga dan menyimpan air untuk keperluan sepanjang tempoh tersebut.

Dimaklumkan bahawa Minggi Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar Asasi Sains Pertanian akan berlangsung pada 22 Oktober hingga 1 November 2018. Sehubungan itu beberapa lokasi bilik dan dewan peperiksaan telah dikenal pasti iaitu ; Asasi 1, Asasi 3, Asasi 4 dan Kompleks Akademik E. Pihak kami akan membuat hebahan lokasi terperinci dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih

Unit Akademik
Pusat Asasi Sains Pertanian
UPM, Serdang

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Akhir bagi semua pelajar Asasi Sains Pertanian Semester 1 Sesi 2018/2019.

 

Tahniah di atas perlantikan Prof. Madya Dr. Shamarina Shohaimi dari Jabatan Biologi Fakulti Sains sebagai Timbalan Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian mulai 15 Oktober 2018 hingga 14 Oktober 2021.

 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Norihan Md Arifin di atas lantikan semula sebagai Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian. Perlantikan bermula 7 September 2018 sehingga 6 September 2020. Semoga dengan perlantikan semula ini akan membawa kecemerlangan berterusan kepada Pusat Asasi Sains Pertanian.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Biasiswa Wakaf Ilmu bagi kategori Biasiswa Asasi di mana Biasiswa ini dikhaskan kepada pelajar asasi yang mengikuti pengajian di UPM sahaja.

Syarat-Syarat

  1. Calon Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar Asasi Sains Pertanian.
  3. prestasi akademik dan kokurikulum baik
  4. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh UPM.
  5. Pencapaian akademik PNGK 3.75 ke atas.

Cara memohon:

Calon yang berminat boleh mengisi Borang Permohonan dan kemukakan kepada Pejabat Am Pusat Asasi sebelum atau pada 31 Disember 2018.

Makluman kepada semua Pelajar Asasi Sains Pertanian. Semakan secara atas talian keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2018/2019 boleh dibuat mulai 1 Disember 2018 melalui url : https://www.smp.upm.edu.my

 

Makluman kepada semua pelajar ASPer, anda boleh mendapatkan Jadual Waktu Kuliah Semester 2 Sesi 2018/2019 di ruang Makluman dan Hebahan

url : asasi.upm.edu.my/faildokumen

Makluman kepada semua pelajar ASPer Sesi 2018/2019 yang menduduki peperiksaan MUET Sesi 3 yang berlangsung pada September - Oktober 2018 anda boleh menyemak keputusan peperiksaan anda di http://www.mpm.edu.my

Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan semula keputusan dan lain-lain mohon rujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kepada pelajar ASPer yang ingin membuat pembayaran Yuran Pengajian dan Penginapan bagi semester 2 Sesi 2018/2019 sila gunakan kaedah berikut;

Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian dan Penginapan.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan anda boleh berhubung terus ke Seksyen Kewangan Pelajar UPM.

Semua sukarelawan dikehendaki berkumpul di (Putra Food Court) PFC, tepat jam 5.46 pagi bas akan gerak pada jam 6.00pagi. Aturcara penuh akan dihebahkan melalui whaspt group Sukarelawan Zoo Negara.

Mohon kepada pelajar-pelajar yang belum menyelesaikan Yuran Pengajian dan Penginapan bagi semester kedua, mohon berbuat demikian dengan kadar segera. Sekiranya terdapat sebarang masalah mohon saudara/saudari berhubung dengan staf pejabat Pusat Asasi Sains Pertanian.

Makluman kepada semua bakal pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke ASPer UPM bagi sesi pengajian 2019/2020 anda boleh membuat permohonan melalui upu online mulai 25 Februari 2019.

Mohon beri perhatian kepada maklumat terkini yang di keluarkan oleh pihak UPU; info upu.

Kod Program : P0050
Nama Program : Asasi Sains Pertanian

Makluman kepada semua pelajar ASPer sesi Interprestasi minat dan kerjaya akan diadakan pada :

19 Februari 2019 (9pg-1ptg) - Kuliah yang terlibat (8-14) bertempat di Bilik Mesyuarat PASP 1.

21 Februari 2019 (9pg-1ptg)- Kuliah yang terlibat (1-7) bertempat di Bilik Mesyuarat PASP1

25 Februari 2019 (9pg-1ptg) - Kuliah yang terlibat (15-20) bertempat di Bilik Mesyuarat PASP 1.

Semua pensyarah adalah dijemput untuk menghadiri Sesi Penerangan Hala Tuju dan Pelan Tindakan JINM oleh TNC JINM 2019 pada :
Tarikh : 28 Feb 2019 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat PASP 1
Masa     : 2.30ptg

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan MUET MAC 2019 akan berlangsung mulai 5 Mac 2019. Pusat Peperiksaan anda terletak di Bangunan Asasi 1.
Pusat A - MB7024(Ground Floor BangunanAsasi1)
Pusat B - MB7025(First Floor Bangunan Asasi 1)

sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mohon hubungi setiausaha peperiksaan di talian : 03-97696998/3125
Peta Lokasi

Dimaklumkan bahawa Pusat Asasi Sains Pertanian akan melaksanakan sesi Audit Dalaman PTJ pada :
12 dan 13 Mac 2019
Mohon kerjasama semua untuk melengkapkan fail masing-masing bagi tujuan tersebut.
Bagi Pengajaran dan Pembelajaran mohon guna pakai Prosedur Pra Universiti.

Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti Pra Universiti bagi Program Asasi Sains Pertanian akan berlangsung mulai 18 hingga 20 Mac 2019 mulai jam 9.00pagi hingga 4.30petang bertempat di Bilik Mesyuarat Asasi 1.

Makluman kepada semua calon MUET Sesi 1 bagi Pusat MUET UPM (A) dan UPM (B) anda dikehendaki mematuhi semua arahan peperiksaan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
1. Arahan dan Peraturan Peperiksaan
2. Lokasi Peperiksaan Mengikut Angka Giliran dan Dewan Peperiksaan.
3. Sila bawa bersama slip peperiksaan, Kad Pengenalan dan pensil 2B.

Makluman kepada semua pelajar mohon selesaikan pengisian Borang Permohonan ke Degree secara online yang bermula pada 1 Mac 2019 lalu dengan kadar segera.

Borang tersebut perlu dicetak dan dikepilkan bersama dengan dokumen berkaitan;

i. Salinan Keputusan Semester Pertama Asasi.

ii. Salinan Keputusan MUET

iii. Salinan K/P ibu dan bapa

iv. Slip pembayaran wang proses.

Semua dokumen salinan mestilah disahkan terlebih dahulu.

Semua dokumen permohonan lengkap perlu dihantar ke pada Pn. Hasniah Hamid di Pejabat Pentadbiran Asasi mulai;  22 hingga 30 April 2019, waktu pengumpulan mulai jam 2.00 hingga 5.00petang setiap hari Isnin hingga Khamis.

Dimaklumkan bahawa edaran Sijil MUET kepada pelajar ASPer Sesi 2018/2019 akan dilaksanakan pada :

Isnin    : MB7024 - Kuliah terlibat (1-4) 25 Mac 2019

Selasa  : MB7025 - Kuliah terlibat (5-8) 26 Mac 2019

Rabu    : MB7035 - Kuliah terlibat (9-12) 27 Mac 2019

Khamis : MB7041 - Kuliah terlibat (13-17) 28 Mac 2019

Jumaat : MB7050 - Kuliah terlibat (17-20) 29 Mac 2019

Waktu edaran sijil MUET tersebut adalah : 

10pagi hingga 12tgh dan 3 hingga 5 petang

Jumaat 3-5ptg

Sesi Promosi Program Pengajian oleh Fakulti Sains UPM akan berlangsung pada :

Tarikh   : 25 Mac 2019
Tempat : Ruang Legar Asasi 1
Masa     : 10.00 hingga 11pagi 

Semua pelajar dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang program pengajian yang ditawarkan, kemasukan, pengajaran dan pembelajaran dan banyak lagi info boleh anda dapat dengan berkunjung di booth2 pameran.

Semua peserta Bengkel Persediaan Menghadiri Temuduga ke Program Degree di UPM pada 6 April 2019 boleh membuat pendaftaran di kaunter Pejabat Pusat Asasi Sains Pertanian pada 2 April 2019 pada waktu pejabat. 

Makluman kepada semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian, tarikh akhir untuk penghantaran borang Permohonan ke Program Ijazah adalah pada 30 April 2019 sebelum jam 12 tgh.

Mohon semua pelajar untuk berbuat demikian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makluman kepada semua pelajar baharu ASPer 2019/2020 anda boleh mendapatkan surat tawaran dan melaksanakan pendaftaran secara atas talian mulai 7 Mei 2019 jam 12.00tengahari. Klik di sini untuk paparan lanjut.

Makluman kepada semua bekas pelajar ASPer14 (2018/2019) yang memohon ke program yang memerlukan temuduga anda semua diharap dapat membuat persediaan untuk sesi temuduga yang dicadangkan berlangsung pada bulan Mei dan Jun 2019. 

We cordially invite you to participate in 1-day Seminar on Mathematical Sciences (SOMS) 2019. The theme of this seminar is “Embracing Mathematical Diversity”.

The essence of the seminar covers the fields of Mathematics, Applied Mathematics and Statistics. This seminar provides a platform for all academics as well as researches to exchange views and recent findings and then publish their seminar articles.

As such, we would like to take this opportunity to invite all to attend the seminar. Hence, we look forward for all to submit abstract(s) for paper(s). Here are the details of the program:

Seminar: Seminar on Mathematical Sciences (SOMS2019)

Theme: Embracing Mathematical Diversity

Date: 25 September 2019 (Wednesday); 8 am to 5 pm

Venue: Seminar Room, Centre of Foundation Studies for Agricultural Science, Universiti Putra Malaysia (UPM)Abstract submission deadline: 12 August 2019

Full paper submission deadline: 9 September 2019

Publication opportunity: Accepted papers will be eligible to be extended and enhanced as book chapters for inclusion in a book with e-ISBN to be published by UPM Press.

 

We appreciate if you can assist to share and promote this event to others. Here, we attached the poster for further information.

If you need further information, please do not hesitate to email us at somsupm2019@gmail.com.

Thank you.

 

Best Regards,

Secretariat
Seminar on Mathematical Sciences (SOMS) 2019
Mathematics Unit
Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia

Pelbagai aktiviti telah disusun sebagai pengisian sambutan bulan kemerdekaan peringkat Asasi Sains Pertanian UPM 2019.

20 Ogos 2019 - Pertandingan Debat Kemerdekaan Ala Parlimen (BM) 8.00 mlm hingga 11.30mlm.
21 Ogos 2019 - 10.00pg - 1.00ptg Pertandingan Pidato  Kemerdekaan Siri 1 dan Siri 2

8.00mlm hingga 11.30mlm - Pertandingan Debat (BI)

22 Ogos 2019 - 10.00pg - 1.00ptg - Pertandingan Deklamasi Sajak Siri 1 dan Siri 2

26 Ogos 2019- 10.00pg - Pertandingan Nyanyian lagu tema kemerdekaan Sesi 1.

27 Ogos 2019 -  10.00pg - Pertandingan Nyanyian Kemerdekaan (Sesi 2)

28 Ogos 2019 - 10.00pg - Pertandingan Nyanyian Tema Kemerdekaan Sesi 3

29 Ogos 2019 - 10.00pg - 1.00ptg Pertandingan pakaian tema kemerdekaan (sesi 1) dan keputusan pertandingan .

30 Ogos 2019 - 3.00ptg - Kayuhan Kemerdekaan

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester Pertama Sesi 2019/2020 akan bermula pada 4 November 2019 - 14 November 2019. Jadual waktu lengkap lokasi, tarikh dan masa boleh dirujuk dijadual waktu peperiksaan yang di sediakan.Jadual Waktu Peperiksaan Semester Pertama Sesi 2019/2020.

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan MUET Sesi 2019 akan berlangsung pada 2 November 2019. Perincian peperiksaan boleh dimuat turun melalui Jadual Waktu Peperiksaan MUET. 

Peperiksaan MUET Sesi 3 2019

Program Pintar Sains dan Matematik 2019, bakal berlangsung pada 21 Oktober 2019 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, hulu Selangor. 

Program Solat Hajat Perdana anjuran Persatuan Pelajar Program Asasi Sains Pertanian UPM akan diadakan pada 24 Oktober 2019 selepas solat maghrib bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.

Program ASPer Care 2019: Chemistry Knowledge Transfer ASPer -Pusat Pengajian Quran Al-Ummah akan berlangsung pada 31 Oktober 2019 mulai jam 8.30pagi hingga 2.00petang bertempat di Pusat Biorefinari dan Pusat Asasi Sains Pertanian.

Majlis MAJLIS APRESIASI ASPer 2019 BAGI PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2018/2019 akan berlangsung pada :

Tarikh   : 8 November 2019
Tempat :Auditorium Hospital Pengajaran UPM
Masa    : 8.00pg hingga 11.30 pagi 

KPM-UPM-SPORTEXCEL RELAYS CIRCUIT 2019 akan berlangsung pada 9 November 2019 (Sabtu) bertempat di Stadium Mini UNITEN. Seramai 11 orang atlet balapan ASPer15 akan turut serta dalam acara dalam acara terbuka Lelaki dan Wanita. Selamat Maju Jaya untuk semua atlet yang mengambil bahagian. 

Sambutan Maulidurrasul peringkat Pusat Asasi Sains Pertanian akan berlangsug pada : 
Tarikh :  13 November 2019
Tempat : Bilik Seminar PASP
Masa    : 8.30 pagi hingga 1.00petang
Tema   :  Cinta Rasulullah

Majlis Penyerahan Sumbangan IQRA' TH 
akan berlansung pada :
Tarikh : 12 November 2019
Tempat : Dewan Besar, Menara TH
Masa    : 2.00petang

Lawatan Penanda Aras dari pihak Pusat Tamhidi USIM pada 19 November 2019 (Selasa) pada jam 9.00 pagi - 1.00 petang sahaja (program separuh hari).

Tarikh : 20 Nov 2019
⏰ Masa  : 8.30 pg - 12.30 tghri
🏠 Lokasi: Bilik Seminar Asasi 1
✅Penceramah jemputan
PROFESSOR EMERITUS DATO' DR SHEIKH OMAR ABDUL RAHMAN
 
📠penyertaan/Kehadiran tuan/puan akan dicatat sebagai Latihan
KEHADIRAN ADALAH WAJIB
🍝🍹 Makan pagi dan tengahari disediakan

Makluman kepada pelajar Program Asasi Sains Pertanian yang ingin membuat bayaran Yuran Pengajian dan Penginapan bagi Semester Kedua Sesi 2019/2020, anda boleh berbuat demikian mulai 1 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019.


Sila klik disini bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang jumlah pembayaran serta kaedah pembayaran yang disyorkan.
Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum warga Asasi..
Buat kali pertama, Pusat Asasi Sains Pertanian akan menganjurkan Program Cuti Sekolah yang dinamakan ASPERINTIS PUTRA👨🏻‍🎓👩🏼‍🎓
Program apa tu? 🤔
ASPERINTIS PUTRA merupakan program yang memberi pengalaman kepada anak-anak berusia 7 - 12 tahun pengalaman pembelajaran di ASPer..
Pengisian program:
🌈 'Young Einstein' aktiviti eksperimen dalam makmal.
🌈 amali pertanian yang menarik & berinformasi.
🌈 'Mathematics Bingo' pembelajaran matematik melalui permainan.
🌈 'Paw-some Quest' aktiviti penerokaan dalam medium Bahasa Inggeris.
Bila program ni? 🤔
Program akan diadakan pada 3 & 4 Disember 2019. Dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bahagian Kaunseling UPM akan berada di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM mulai jam 9.00pagi hinggga 12.30tgh. Program ini khas untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar asasi UPM untuk mendapatkan perkongsian tentang potensi diri, kawalan emosi dan banyak lagi .

 

Majlis Penutup Global I-Lead STEM & International STEM Olympiad akan berlangsung pada 20 Disember 2019, jam 8.30pg hingga 11.30pagi bertempat di Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

Dimaklumkan bahawa minggu Ujian 1 bagi pelajar Program Asasi Sains Pertanian akan berlangsung pada 7 hingga 14 Februari 2020.

 

Makluman kepada semua pelajar lepasan SPM yang sedang mencari peluang melanjutkan pengajian peringkat Asasi di IPTA anda boleh membuat permohonan melalui UPU untuk kemasukan. Sila pastikan anda memberi perhatian kepada tarikh-tarikh penting yang dinyatakan oleh UPU.

Kursus PsikoNumerologi 1-2 Feb 2020 akan berlangsung di Bilik Seminar Pusat Asasi Sains Pertanian (Bangunan Asasi 1) Tingkat 1.
 

Asasi Education Fair 2020 bakal berlangsung pada 11 Mac 2020 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dewan Besar) UPM. Makluman lanjut akan kami hebahkan dari masa ke semasa.

V-SMS2020 will be held virtually on 12th August 2020. Save the Date! Please click the link at the bottom and you will be directed immediately to the website for registration and other details.

https://sites.google.com/upm.edu.my/sms2020

 

Bengkel Persediaan Menghadapi Interview Program Degree UPM bagi pelajar Asasi Sains Pertanian akan berlangsung pada :

Tarikh     :    21 Mac 2020

Tempat   :    Bilik Seminar, Pusat Asasi Sains Pertanian

Masa      :     8.00pg hingga 4.30petang

Kadar Bayaran   :    RM30.00 (Ringgi Malaysia Tiga Puluh Sahaja)

Kaedah Bayaran :    Tunai

Terbuka kepada semua pelajar yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan panduan yang jelas tentang ;

Pengenalan kepada temuduga kemasukan ke program ijazah di UPM

Etika dan Penampilan ketika Menghadiri Temuduga

Komunikasi Berkesan Dalam Temuduga

Latihan

Teknik Penulisan Resume

 Perkongsian Bersama Alumni ASPer 

Kegagalan Interview bukan disebabkan kekurangan diri namun persediaan dan tahap kematangan serta teknik menjawab kurang berkeyakinan mungkin antara punyanya.

Disini anda akan dibekalkan dengan ilmu-ilmu yang anda boleh guna sebagai persediaan untuk menghadiri apa jua bentuk interview pada masa akan datang.

Penyertaan adalah terhad kepada 70 org sahaja bagi satu sesi. Sehubungan itu mohon saudara/saudari membuat pendaftaran segera melalui link yang diberikan;

https://forms.gle/Q72CCrrr2KNybWxw5

 

PROGRAM ASASI EDUCATION FAIR 2020 YANG DIJADUALKAN PADA 11 MAC 2020 DITANGGUHKAN  

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR UNTUK BENGKEL PERSEDIAAN MENGHADAPI INTERVIEW PADA 21 MAC 2020, BENGKEL TERSEBUT DITANGGUHKAN DAN PIHAK KAMI AKAN MENGUMUMKAN TARIKH BARU SETELAH MELIHAT KEPADA SITUASI SEMASA.

Makluman kepada semua pelajar ASPer Sesi 2019/2020, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Ijazah mulai 11 Mac 2020. Sila layari laman http://intake.upm.edu.my/dalaman/ 

 

18-28 Mac 2020 : Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1
1-14 Apr 2020 : Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2
15 - 28 Apr 2020 : Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3
29 - 12 Mei 2020 : Perintah Kawalan Pergerakan 4

4 Mei - 9 Jun : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Makluman kepada semua pelajar baharu Asasi Sains Pertanian, anda perlu melengkapkan Pendaftaran Secara Atas Talian (e-Daftar) mulai 5 Jun 2020 hingga 13 Julai 2020.

Assalamualaikum wbt.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  

Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak Tuan/Puan untuk membuat penilaian bagi PTJ PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN sahaja melalui pautan seperti di bawah:

  1. Kajian Kepuasan Pelanggan 

 

  https://goo.gl/forms/2BqSyKp7uNTf93Io2

Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah di hargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian boleh menyemak keputusan rasmi peperiksaan akhir mulai 17 Julai 2020 melalui portal : smp.upm.edu.my (pelajar).

Pelbagai pertandingan dan Aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan perringkat pusat Asasi Sains Pertanian.

Antaranya adalah:

  1. Pertandingan Video Kemerdekaan
  2. Pertandingan Koir/Akapela Kemerdekaan
  3. Pertandingan Lagu Patriotik
  4. Pertandingan Poster Kemerdekaan
  5. Pertandingan Sajak Kemerdekaan
  6. Pertandingan Doodle Kemerdekaan
  7. Pertandingan Foto Kreatif Kemerdekaan dan juga diertakan dua aktiviti pembukaan iaitu Quran Hour Kemerdekaan, Kempen Kibar Jalur Gemilang PTJ serta Kayuhan Kemerdekaan.

Quran Hour Kemerdekaan akan berlangsung 28 Ogos 2020 bersamaan 9 Muharram 1441H. Masa 3.30petang hingga 4.30petang. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar / staf/ dan warga UPM. Jom bersama-sama meramaikan program Merdeka Quran Hour ini. 

 

Program Kayuhan Merdeka akan berlangsung pada 4 September 2020. Penyertaan terbuka kepada staf dan pelajar Asasi Sains Pertanian. Laluan sekitar kampus UPM Serdang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan MUET Sesi 1 / 2020 (Writing, Reading and Listening) akan berlangsung pada 19 September 2020. Semua calon dimohon untuk memastikan kehadiran tepat pada waktu seperti yang ditetapkan di slip peperiksaan.
Sila bawa bersama slip peperiksaan dan Kad Pengenalan anda bagi tujuan tersebut. 

Mohon juga tuan/puan untuk membawa bersama keperluan peperiksaan seperti pen, sensil, pemadam dll untuk keperluan peperiksaan.

Sila patuhi semua peraturan peperiksaan dan langkah2 pencegahan covid19. Semua calon diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang tempoh berada di lokasi peperiksaan dan membawa hand sanitaizer (disediakan oleh pelajar sendiri).

Sila klik disini untuk mendapatkan kedudukan calon sewaktu hari peperiksaan.

Sebarang kemusykilan, pertanyaan dan bantuan sila hubungi setiausaha peperiksaan di talian 03-97696998 atau 03-97693125.

Audit Integriti PASP akan berlangsung pada 22 September 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Audit Swa Akreditasi bagi Program Asasi Sains Pertanian akan berlangsung pada 23 September 2020 mulai jam 8.30pagi hingga jam 4.30petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar ASPer 16 yang telah menyertai pertandingan-pertandingan sempena bulan kemerdekaan 2020 anjuran Pusat Asasi Sains Pertanian. Berikut adalah senarai pemenang bagi semua acara yang dipertandingkan untuk tahun ini. sila klik disini bagi untuk capaian dokumen. 

Kepada semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian, dimaklumkan bahawa sesi Promosi daripada Fakulti Sains akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 November 2020. Anda disarankan untuk menyertai taklimat tersebut secara dalam talian di url berikut: https://upm.webex.com/upm/e.php?MTID=me843e7189ef6d48adeffc2af4d18ff60

 

Anda ingin berkongsi cerita ingin mendapatkan suntikan semangat dalam situasi dan norma baharu ini. Sila berhubung dengan kaunselor bertugas. Tiada bayaran yang dikenakan malah anda akan dapat perkongsian dan rakan pendengar yang sangat setia.



Assalamulaikum dan salam sejahtera semua, dimaklumkan bahawa mulai 15 September 2020 sehingga lantikan baharu Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Madya Dr. Shamarina Shohaimi Timbalan Pengarah I Pusat Asasi Sains Pertanian akan Menjalankan Tugas Pengarah. Segala urusan berkaitan Program Asasi Sains Pertanian tuan/puan boleh berhubung dengan beliau melalui email :  shamarina@upm.edu.my

 

Assalammualaikum/Salam Sejahtera kepada semua Ketua Kuliah ASPER😊

Sukacita dimaklumkan bahawa Seksyen Kaunseling Kerjaya, Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian akan menganjurkan Taklimat Program Putra Career Guidance.

Butiran program adalah seperti berikut:

🗓️ Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)
⏰ Masa : 10.00 pagi
🖥️ Platform : Zoom Meeting (link seperti berikut ;
https://zoom.us/j/97469095245

Mohon untuk anda isi maklumat pendaftaran di link google form ini 👇🏻
https://tinyurl.com/pcg21

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Noori (Kaunselor) 012-9074439.

Tahniah kepada semua ASPer Sesi 2020/2021 yang telah berjaya mengharungi proses PdP norma baharu bagi semester pertama sesi 2020/2021. Untuk makluman keputusan peperiksaan akhir bagi semester ini dijangka akan disahkan pada Mesyuarat Senat ke 685 pada 14 Januari 2021. 
Oleh itu, jika tiada sebarang halangan keputusan anda semua akan diumumkan melalui Sistem Maklumat Pelajar pada 15 Januari 2021.

PARA PELAJAR BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG MUET DI LAMAN WEB RASMI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA.

DISINI JUGA SAYA KONGSIKAN SEDIKIT TENTANG FORMAT TERKINI PEPERIKSAAN MUET 2021

 

Kelonggaran Bagi Proses Perpindahan Pusat MUET bagi pelajar ASPer 16.

KLIK DISINI untuk makluman lanjut dan 
KLIK DISINI untuk borang mohon pindah pusat MUET

The Research and Publication Committee of ASPer is hosting the following webinar:

A Sharing Session on Sabbatical Research Project by Assoc. Prof. Dr. Marina Binti Mohd. Top @ Mohd. Tah

Title: Bats Diversity and Roost Site Selection in UPM Serdang Campus

🗓️ 9 April 2021 (Friday)
⏱️ 3:00 – 4:00 PM

Join the ZOOM session:
https://us02web.zoom.us/j/84169625871?pwd=OTlxbEMvaGF6ay9jVFE4aEpPTlE2Zz09

Meeting ID: 841 6962 5871
Passcode: ju5LvH

This sharing session is open to everyone. Please come and join us!

Dimaklumkan bahawa sesi Audit Dalaman QMS ISO 9001:2015, Pusat Asasi Sains Pertanian bagi tahun 2021 akan dilaksanakan pada 23 dan 24 Jun 2021. Namun pada kali ini pelaksanaan audit akan diadakan secara remote audit.

Mohon semua staf Pusat Asasi Sains Pertanian untuk membuat persiapan secara dalam talian dan menyimpan semua dokumen proses secara salinan lembut bagi memudahkan perjalanan audit pada kali ini.

Semua staf diminta merujuk ke laman web ; Pengurusan Kualiti UPM untuk makluman lanjut.

Assalamualaikum wbt.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  

Sehubungan dengan itu, saya memohon pihak Tuan/Puan untuk membuat penilaian bagi PTJ PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN sahaja melalui pautan seperti di bawah:

  1. Kajian Kepuasan Pelanggan Pra Universiti 

(Skop sokongan) : 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) (google.com)

 

(Prasiswazah)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) (google.com)

"BERILMU BERBAKTI"

 

 

Noor Hidayu Bt Aris

Timbalan Penyelaras Kepuasan Pelanggan (TPKP)

Pusat Asasi Sains Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan      

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua pelajar SPM tahun 2020, tahniah kami ucapkan kepada anda semua. Pihak kami menjemput semua pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian anda bersama ASPer UPM bagi menyertai Group Telegram Rasmi yang di buka khas untuk anda agar semua maklumat dan kemusykilan anda dapat kami jawab dengan kadar segera.

https://t.me/joinchat/tarKUCR3MP1jNTll

 

 

Tahniah Kepada pelajar yang menerima keputusan SPM pada 10 Jun 2021. Sekiranya anda memerlukan bantuan kami melalui perkkhidmatan telekomunikasi anda boleh berhubung dengan kami di talian 03-97696998 atau 03-97693125 pada :

Tarikh   :  10 dan 11 Jun 2021
Masa    :   9.00 pagi hingga 12.00tengahari

Selepas pada waktu ini anda boleh berhubung dengan kami melalui telegram rasmi ;

https://t.me/joinchat/tarKUCR3MP1jNTll

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Proses Audit Dalaman PTJ PASP bagi tahun 2021 yang dijadualkan pada 23 dan 24 Jun 2021 terpaksa di pinda ke 14 dan 15 Julai 2021.

Sekian, terima kasih.
Puan Hasniah Hamid
TPAD PASP

ANDA DALAM KESULITAN DAN PERLUKAN BANTUAN SEGERA?

Para pelajar UPM yang kini berada di Kolej Kediaman atau yang menyewa di sekitar Kampus Serdang dan sedang dalam KESULITAN serta AMAT MEMERLUKAN bantuan segera, hubungi Hotline BHEP secepat mungkin di talian 0102613901.

Untuk memohon secara dalam talian, lengkapkan segera borang di pautan https://tinyurl.com/MohonBantuanBHEP

~~~~~~~~
#PutraCakna
Apa yang ada, kita kongsikan.
Apa yang tiada, kita usahakan
~~~~~~~~

#UPMprihatin
#PutraHEPA
#BerilmuBerbakti
#WeLoveUPM
#KongsiKebaikan
#50tahunUPM

https://www.facebook.com/418781688256351/posts/2257928534341648/

📣Assalamualaikum w.b.t.

Warmest greetings to all respected colleagues.

The Centre of Foundation Studies for Agricultural Science, UPM and Iraqi Association for Academic Quality and Collaboration (IAAQC) will be organizing the 3rd Virtual Symposium on Multidisciplinary Science 2021 (V-SMS2021).

🗓️ Date: 7th July 2021 (Wednesday)
⏰ Time: 7.30 AM - 5.00 PM
💻 Platform: Zoom
🔗🌐 https://zoom.us/j/96314834225?pwd=TzljeEs3QnJaK3RKUlJZR0tzL3pMUT09

📌More than 60 papers will be presented in this symposium which cover various field of research, both theory and applied sciences.

📌The symposium is FREE of charge for listener. E-certificate will be provided for registered listeners.

📌For more information about our symposium, tentative program and registration, please visit the official website at
vsms 2021

📌Come & join us. See u there! 😊

Majlis bacaan Yasin dan Tazkirah "Hikmah disebalik Musibah"
Hosted by TAQIUDDIN BIN MOHD JALANI [ENCIK] /PASP [PELAKSANA]

https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=m3140d329a10592b09e1f42b903bc0f96
Monday, Aug 30, 2021 9:00 pm | 1 hours | (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore
Meeting number: 158 725 0226
Password: HIKMAH
Agenda: Bacaan Yasin berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Zuhaimi Abd Rahim dan diikuti dengan sesi tazkirah juga oleh Ustaz Zuhaimi.

ATURCARA:

9.00PM - Ucapan Aluan dan Bacaan Yasin

9.30PM - Tazkirah bertajuk "Hikmah disebalik Musibah"

10.00PM - Bersurai

Join by video system
Dial 1587250226@upm.webex.com
You can also dial 210.4.202.4 and enter your meeting number.

Join by phone
+60-3-20-585-339 Malaysia Toll
Access code: 158 725 0226

WACANA MERDEKA - MENELADANI RASULULLAH DALAM KECINTAAN KEPADA TANAH AIR
Hosted by TAQIUDDIN BIN MOHD JALANI [ENCIK] /PASP [PELAKSANA]

https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=m271916f05f1d209bec70ee0656b8d43c

Friday, Sep 10, 2021 8:00 pm | 2 hours 30 minutes | (UTC+08:00) Kuala Lumpur
Meeting number: 2641 422 6983
Password: ASPERMERDEKA

Agenda: PROGRAM WACANA MERDEKA merupakan salah satu dari aktiviti "PROGRAM CAKNA PUTRA KEMERDEKAAN PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2021" sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Program ini menampilkan penceramah terkenal iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

8.15 PM
: Kehadiran Jemputan

8.30 PM - 10:30 PM
: Aluan Pembukaan

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-Aluan YBrs. Profesor Madya. Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah (Pengarah, Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia)

: Ucapan YBhg. Profesor Dr. Mohd. Roslan bin Sulaiman (Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia)

: Wacana Merdeka “Meneladani Rasulullah Dalam Kecintaan Kepada Tanah Air” disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (Penceramah)

: Sesi Bergambar

: Bersurai

upm.webex.com

PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!
ANDA SEMUA TETAMU ISTIMEWA DIJEMPUT MENGHADIRI PROGRAM

TAJUK
MAJLIS PENUTUP & PENGUMUMAN PEMENANG PROGRAM CAKNA PUTRA KEMERDEKAAN PASP 2021

TARIKH
15 SEPTEMBER 2021 (RABU)

MASA
9:00 PM-11:00 PM

LINK WEBEX
https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=m402cc346c6a57a33d00cb42294c6c400

WAJIB DAFTARKAN KEHADIRAN (STAF & PELAJAR) DI PAUTAN https://forms.gle/xBJiUPQR4VksUvjv8 SEBELUM 11/9/2021 DAN BERPELUANG MEMENANGI CABUTAN BERTUAH!

ATURCARA MAJLIS

9.00 malam - Kehadiran tetamu (Pautan dibuka)
9.05 malam - Sesi Cabutan Bertuah Pra-majlis
9.20 malam - Majlis bermula
- Ucapan dan Penutup Program
- Sesi cabutan bertuah ke-2
- Pengumuman Pemenang (8 pertandingan)
- Pengumuman Pemenang (Kump. Kuliah Terbaik Program)
- Sesi fotografi 'Lambaian dan Kibaran Jalur Gemilang'
- Sesi cabutan bertuah terakhir
11.00 malam - Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR!
JOM MEMERIAHKAN MAJLIS DAN MERAIKAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA BERSAMA SAMA SEMUA WARGA ASPER!

(Anugerah Kumpulan Kuliah Terbaik Program mengambil kira jumlah kehadiran ahli kuliah di dalam Program Wacana Merdeka (40%) + jumlah pengesahan dan kehadiran ahli kuliah di dalam Majlis Penutup (40%) + markah juri (20%))

Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKRASPER) akan berlangsung pada 12 November 2021 jam 2.30 petang secara dalam talian. Semua ahli adalah dijemput hadir.

Sekian, terima kasih

Makluman kepada semua pelajar Program Asasi Sains Pertanian UPM Sesi 2021/2022-1, Penilaian II akan berlangsung mulai 12 hingga 19 November 2021. 

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar.

 

Program Menggilap Permata Siri 1/2022 akan dijalankan pada 19 Februari 2022 (Sabtu) secara dalam talian, anjuran Bahagian Akademik, Pusat Asasi Sains Pertanian.

Program ini melibatkan 12 orang Fasilitator dan 17 orang Penasihat Akademik yang akan membimbing 48 orang pelajar untuk terus maju dalam bidang akademik dan sahsiah.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para pembimbing dan pelajar

 

webinar
merupakan pengisian kepada Program Derma Darah yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian
Tajuk : KOMPLIKASI PENYAKIT TALASEMIA DAN KAEDAH RAWATAN
Tentative :

Tarikh : 4 Mac 2022
Tempat : Dalam Talian
Masa : 3.00ptg – 4.30ptg

2.45ptg Pendaftaran peserta

3.00ptg Sesi Ceramah bermula

4.00ptg Sesi Soal Jawab

4.30ptg Bersurai
PUTRAVC UPM is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Topic: WEBINAR KOMPLIKASI PENYAKIT TALASEMIA DAN KAEDAH RAWATAN
Time: Mar 4, 2022 03:00 PM Kuala Lumpur

Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/94909249512?pwd=M292blJ6N2VzTmpLRjlwZExQdWJpZz09

Meeting ID: 949 0924 9512
Passcode: 595025

 

Sedarkah anda bahawa kita tinggal setengah semester lagi?

Adakah anda tahu bahawa kita perlu isi permohonan untuk kursus ijazah kita mulai 1 April 2022?

Masih tidak tahu nak sambung kursus mana?

EXCO Akademik HiCom ASPer 17 x PASP akan menganjurkan program Road To Degree ASPer 17 sepanjang cuti midsem.

JOM MANFAATKAN CUTI SEM KITA DENGAN MENGENALI PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN YANG DITWARKAN OLEH FAKULTI DI UPM!!! 🤩

Link pendaftaran: http://tiny.cc/RoadToDegreeASPer17

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohd Fadzil Suhaimi dari Unit Akademik Pusat Asasi Sains Pertanian. UPM.
Program ASPer Destinasi Ilmu 2022 merupakan satu program pemindahan pengetahuan dan berkongsi pengalaman berkaitan kaedah terbaik yang dapat membantu pelajar lepasan SPM membuat pemilihan dengan tepat program yang ingin diikuti dalam UPUOnline. Ianya juga diselitkan dengan slot pengenalan kepada Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) UPM yang mana menyasarkan pelajar SPM 2021 aliran sains tulen untuk diberi pendedahan awal selepas SPM bagi mereka mencorak hala tuju pengajian di peringkat ijazah dan seterusnya. Oleh itu, kami dari Unit Akademik Pusat Asasi Sains Pertanian UPM menjemput pelajar sekolah/maktab tuan/puan untuk menyertai taklimat ini yang akan diadakan secara dalam talian pada 29 Mac 2022 jam 3.00 petang menggunakan platform Zoom dan secara live di FB Asasi. Mohon bantuan tuan/puan membuat hebahan program ini dan mengisi Google Form yang disediakan ini untuk kami menghantar link taklimat ke alamat email peserta pada 28 Mac 2022. Pelajar juga boleh menyertai Telegram ASPer 18 dengan klik pada link ini https://t.me/+QH_V78n291w1NjQ1. Terima kasih atas keperihatinan & sokongan tuan/puan. "Berilmu Berbakti". Terima kasih.

Program Asperintis Putra bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih akan berlangsung pada 1 April 2022 bermula jam 8.00pagi hingga 12.00tengahari. Program ini akan disertai oleh 17 orang sukarelawan dari kalangan staf akademik dan pelaksana ASPer.

Bakul Kasih ASPer akan menerukan aktiviti bagi membantu para pelajar yang memerlukan agar mereka dapat menjalani kehidupan di kampus dengan baik. 

Justeru bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan pihak urusetia telah menjalankan aktiviti jualan amal dan membuka tabung sumbangan kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan.

Antara aktiviti yang dicadang pelaksanaan dalam bulan April 2022 adalah :

  1. Menyediakan bakul kasih kepada para Asnaf ASPer
  2. Menaja makanan dan minuman berbuka puasa untuk pelajar Asnaf ASPer.

Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa Khamis 26 Mei 2022, jam 2 – 4 ptg akan diadakan Bengkel Pemantapan Matematik kepada sekumpulan sasaran pelajar ASPer yang amat memerlukan bimbingan matematik.

TOMORROW The committee of Research ASPer, UPM will be organizing a Research Webinar (sharing session) as follows:

⌛ Title: Sharing session: Experience with Industrial and International Grants Application
🗓️ Date: 3rd June 2022 (Friday)
🕰️ Time: 3.00-4.00 PM

🎓 Invited Speaker:
1) Prof. Madya Dr. Che Azurahanim Che Abdullah (Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM)
2) Dr. Ikhwan Syafiq Bin Mohd. Noor (Bidang Fizik, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM)

👨🏼‍🔬Moderator: Dr. Muhammad Alif Bin Mohammad Latif (Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM)

💻Platform: Online via Zoom
Join Zoom Meeting
https://zoom.us/j/96004186222?pwd=MWp2TmxNSVdHM1dPQ1hqQVNPYjB2Zz09

Meeting ID: 960 0418 6222
Passcode: 888888

Advantages:
1) Exposure about industrial and international grants applications
2) E-certificate of participation
3) CPD point for UPM staff

See you tomorrow!

UNDERGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2022

Take the first step into your campus life with UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

📣📣 LET'S JOIN UPM UNDERGRADUATE VIRTUAL OPEN DAY 2022. REGISTER NOW: https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76

📣📣 Discover in detail about courses offered by UPM and the admission process via 🎥 LIVE SESSIONS WITH FACULTIES AND CENTRES in UPM. Find out more info about our undergraduate programmes from peoples who know best.

📣📣REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76
📣📣 REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76
📣📣 REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76

COME AND JOIN US FOR THE EVENT!


📆 When?
16 -17 JULY 2022

🕰Time?
01: 00 pm – 7:30 pm (Malaysia time)

Join the LIVE CHAT with our friendly lecturers and academic counsellors for more details about our campus, programmes and scholarships!

📣📣REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76
📣📣REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76
📣📣REGISTER NOW! https://forms.gle/h8geY8htEFvzVUh76


#VIRTUALUNDERGRADUATEOPENDAY
#UPM
#WELOVEUPM
#STUDY@UPM
#CAMPUSLIFE
#UPMUNIVERSITYOFCHOICE

Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi 2023 atau dikenali sebagai Pre-University Matriculation Innovation Competition 2023 (PIITRAM2023) merupakan pertandingan tahunan di bawah Majlis Dekan / Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi di mana ianya melibatkan penyertaan daripada seluruh asasi dan matrikulasi Malaysia.

 

PIITRAM2023 merupakan satu platform inovasi yang terbaik dalam mengembangkan dan mengetengahkan bakat pelajar asasi dan matrikulasi dalam bidang inovasi dan reka cipta berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian dan Matematik (STEAM) sejajar dengan transformasi pendidikan kebangsaan yang kini memberi tumpuan kepada kepentingan pendidikan dalam STEAM bagi melahirkan modal insan yang sangat mahir dan inovatif.

 

Melalui PIITRAM2023 pelajar mempunyai platform untuk menyalurkan buah fikiran baru berkaitan dengan STEAM dan seterusnya menghasilkan ciptaan kreativiti mereka. Objektif penganjuran PIITRAM2023 adalah seperti berikut:

  • Menyediakan platform kepada warga Asasi dan Matrikulasi di seluruh Malaysia untuk mengetengahkan dan berkongsi idea inovasi bagi tujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti.
  • Memupuk budaya penciptaan, inovasi dan kreativiti di kalangan warga Asasi dan Matrikulasi terutamanya yang berkaitan dengan STEAM.
  • Meningkatkan pemahaman warga Asasi dan Matrikulasi terhadap konsep STEAM agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

 

PIITRAM2023 akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Program :  Bengkel Inovasi

Tarikh    :  17 Februari 2023 (Jumaat)

Masa     :  2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat  :  Pusat Asasi Sains Pertanian UPM

 

 

Program :  Pertandingan PIITRAM2023

Tarikh    :  18 Februari 2023 (Sabtu)

Masa     :  7.00 pagi hingga 3.00 petang

Tempat  :  Dewan Besar dan Panggung Percubaan UPM

 

 

Program :  Majlis Makan Malam dan Penyampaian Pingat PIITRAM2023

Tarikh    :  18 Februari 2023 (Sabtu)

Masa     :  8.00 malam hingga 10.30 malam

Tempat  :  Dewan Besar UPM

 

 

PIITRAM mengalu-alukan penyertaan dari para pelajar, warga akademik dan pengurusan Pusat Asasi dan Matrikulasi di seluruh Malaysia. Kategori pertandingan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

 

  • Kategori A - Pelajar (Sains dan Teknologi)
  • Kategori B - Pelajar (Sains Sosial)
  • Kategori C - Akademik
  • Kategori D – Pentadbiran

 

Untuk maklumat lanjut mengenai PIITRAM 2023, sila klik link

PIITRAM 2023

Tips and Tricks in Process Optimization

Dimaklumkan bahawa talian Hotline UPM telah diaktifkan mulai hari ini 8 Jun 2023. Sekiranya pihak tuan/puan, saudara/saudari tidak dapat berhubung dengan talian pejabat Pusat Asasi Sains Pertanian anda boleh menghubungi talian Hotline Asasi UPM iaitu; 011-39659550. 

Sekian , terima kasih.

Assalam & Salam Sejahtera.... Mohon bantuan semua untuk kongsi hebahan ini,

Berikut merupakan link telegram bg mendapatkan info berkaitan ASPer...mohon war2kn kpd kenalan yang ada anak calon SPM 2022...terima kasih...
https://t.me/+QH_V78n291w1NjQ1



Di group ini ada beberapa staf ASPer untuk bantu sebarang pertanyaan.

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXETFAp~