Kem Matematik UPM-PERSAMA 2017 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Kem Matematik UPM-PERSAMA 2017

Kem Matematik UPM-PERSAMA 2017

Program Pengukuhan dan Peningkatan Minat Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar di Negeri Selangor telah berlangsung pada 4-6 Ogos 2017.

Program anjuran bersama Fakulti Sains, Pusat Asasi Sains Pertanian dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dengan kerjasama Kolej Kelima UPM dan Bahagian Akademik UPM ini banyak memberikan pendedahan teknik belajar yang mudah untuk subjek matematik.

Program telah dirasmikan oleh YB Dato' P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 pada 5 Ogos 2017 bertempat di Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

Seramai 210 pelajar daripada 21 buah sekolah melibatkan 5 PPD telah turut melibatkan diri dalam Kem Matematik UPM-PERSAMA 2017. Mereka telah dibimbing oleh para pensyarah dari Fakulti Sains dan Pusat Asasi Sains Pertanian.

Selain pelajar PERSAMA juga turut melaksanakan Forum untuk guru-guru dengan topik 'Hala Tuju KHEBAT di Kalangan Pelajar Luar Bandar'. Resolusi daripada sesi forum ini akan di kemukan kepada pihak kementerian untuk tindakan.

a 4-6 Ogos 2017.

Date of Input: 09/08/2017 | Updated: 18/11/2019 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDcUAO~