Pertandingan Debat Inter Kuliah ASPer 17, 2021 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Pertandingan Debat Inter Kuliah ASPer 17, 2021

Pertandingan Debat Inter Kuliah ASPer 17, 2021

Pertandingan Debat Inter Kuliah ASPer 2021/2022 telah berlangsung pada 29 hingga  30 Oktober 2021 secara dalam talian.

Pertandingan ini telah menerima sebanyak 6 penyertaan bagi kategori Bahasa Melayu dan 8 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris.

 

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian iaitu; Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah dan dihadiri oleh 100 orang pelajar ASPer 17.

 

Pertandingan bermula jam 8.45 malam, 29 Oktober (Jumaat) sejurus selepas majlis perasmian dan berakhir pada 30 Oktober 2021 jam 11.30 malam (Sabtu). Pertandingan ini telah mendapat kerjasama daripada para pelajar ASPer 17, alumni ASPer serta Kelab Debat BM dan BI UPM.

Bagi Kategori Bahasa Melayu;

Tempat Pertama telah dimenangi oleh pasukan daripada Kuliah 10 mana kala Naib Johan adalah daripada kuliah 17. Pendebat terbaik pula telah dianugerahkan kepada Muhammad Hakimie bin Abdul Rhaman.

 Bagi Kategori Bahasa Inggeris;

Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan daripada kuliah 9 manakala tempat kedua telah dimenangi oleh pasukan daripada kuliah 12. Pendebat terbaik bagi kategori ini telah dianugerahkan kepada Sree Janane a/p Jayabrakash telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik dan pelajar juga adalah pendebat terbaik bagi semua pusingan.

Date of Input: 11/11/2021 | Updated: 11/11/2021 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEaEAn~