Program Pintar Sains Dan Matematik | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » Program Pintar Sains dan Matematik

Program Pintar Sains dan Matematik

17 Oktober 2018, Program Pintar Sains dan Matematik telah berlangsung dengan jayanya di SMK Kg Soeharto, Hulu Selangor. Penyertaan hampir 100 orang terdiri daripada staff UPM, guru-guru dan para pelajar sekolah berkenaan.

Program ini hasil kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM. Dengan melibatkan 35 orang pensyarah serta staf UPM sebagai fesilitator serta urusetia program telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selain membimbing, memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan mendekati bidang sains, pelajar cemerlang yang dipilih melalui pembentangan mini projek juga akan berpeluang menyertai pertandingan STEM akan datang.

Program kali ini juga sangat beruntung kerana mendapat sumbangan daripada beberapa penaja iaitu ; Tangan Berduit Enterprise (Alumni ASPer), Serdang Cendol (Alumni ASPer) dan Galvatech Sdn. Bhd.

Setinggi terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang amat perihatin tentang kepentingan bidang sains dan matematik ini kepada semua anak bangsa yang bakal menerajui masa hadapan.

 

 

 

Date of Input: 18/10/2018 | Updated: 18/10/2018 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466998
0389466997
C1542374651