Road To Degree ASPer 2022 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Road to Degree ASPer 2022

Road to Degree ASPer 2022

Laporan Program Road To Degree ASPer 2022

Program Road To Degree ASPer 2022 telah dilaksanakan selama seminggu mulai 21 hingga 25 Mac 2022. Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua pelajar ASPer 17 untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang program pengajian yang ditawarkan oleh UPM kepada mereka setelah tamat ASPer.

Sebanyak 7 buah Fakulti telah mengambil bahagian dalam sesi taklimat program pengajian yang berlangsung selama seminggu ini. Antara fakulti terlibat adalah ; Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains, Fakulti Sains Teknologi Makanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesiahatan dan Fakulti Perubatan Veterinar.

Seterusnya, pelajar juga didedahkan dengan kaedah pengisian dan membuat pemilihan program ijazah secara dalam talian melalui system maklumat pelajar. Taklimat dan penerangan serta demonstrasi pengisian secara dalam talian tersebut telah disampaikan oleh Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM.

Pelajar juga turut didedahkan dengan teknik-teknik penting sewaktu menghadiri temuduga. Sesi Forum Persiapan Menghadapi Sesi Temuduga juga turut di masukan ke dalam minggu “Road to Degree ASPer”. Ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui perkara penting yang perlu mereka sediakan dan etika yang betul ketika menghadiri temuduga. Banyak yang dikupas oleh penceramah yang dijemput khas daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta dari organisasi luar.

Selain itu, terdapat juga satu sesi diselitkan bagi membolehkan para pelajar mendapat pencerahan dan perkongsian tentang pengalaman dalam pengajian dan juga selepas tamat pengajian. Bagi sesi ini seramai 4 orang alumni telah dijemput iaitu ; alumni dari Fakulti Pertanian (En. Zarif Arbi) - Pegawai Risda Daerah Segamat, En. Megat Mohamad Irfan bin Rozilah (Pegawai Sains – syarikat US cawangan Malaysia), Dr. Wan Iffah Afiqah Binti Ramzaa – Doktor Perubatan dan Sharlina binti Ahmad Sharizal Azuar – Doktor Veterinar.

Berikut adalah jadual pengisian  Program Road to Degree ASPer 21 hingga 25 Mac 2022;  

Date of Input: 31/03/2022 | Updated: 31/03/2022 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUPAT~