Tertakluk kepada Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, Pusat Islam Universiti bertanggungjawab dalam aspek-aspek berikut:
1.Merancang dan melaksana aktiviti kecemerlangan sahsiah dan modal insan dengan mengambil kira perkembangan intelek, emosi, fizikal dan spiritual.
2.Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan kerohanian yang menjana permerkasaan aqidah, ibadah dan akhlak bagi melahirkan generasi Khair Ummah dan merealisasikan insan yang bercirikan Ahsan Al-Taqwim
3.Menawarkan perkhidmatan kerohanian dan keagamaan yang menerobos halangan-halangan disamping memantapkan iman, taqwa dan ihsan sesuai dengan perkembangan zaman dalam era globalisasi dan ICT.
4.Merancang dan melaksanakan aktiviti penghayatan Islam yang menjurus kepada pembentukan sebuah masyarakat dan peradaban yang unggul sesuai dengan ajaran Islam yang syumul dan kamil.
5. Mengintegrasi ilmu, kemahiran, iman dan amal secara bersepadu demi percambahan dan penyebaran ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang melahirkan insan bermentaliti kelas pertama dan berpesonaliti unggul serta berakhlak mulia.
6. Memberikan kerjasama penuh kepada pusat-pusat tanggungjawab dalam UPM, agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pelanggan dalam hal ehwal Islam dan seumpamanya demi masa depan Islam dan umat Islam.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel :0389468588 Faks: 0389483742 emel: piu_staf@upm.edu.my
|