Asasi Sains Pertanian | PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
» AKADEMIK » Program Pengajian » Asasi Sains Pertanian

Asasi Sains Pertanian

Kod dan Nama Program : P0050 – Asasi Sains Pertanian

Tempoh Pengajian
 


Tempoh pengajian adalah selama 2 Semester (Setahun) dengan menggunakan sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia yang digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran sains asasi institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, matrikulasi dan sukatan pelajaran bagi STPM.

Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama setahun dengan mengambil sebanyak 56 jam kredit yang merangkumi kursus Sains Asas ( Biologi, Kimia dan Fizik ), Matematik, Bahasa Inggeris serta kursus dalam bidang Pertanian. Setiap semester akan mengandungi enam (6) mata pelajaran dan setiap pelajar WAJIB LULUS semua mata pelajaran yang disediakan sepanjang pengajian.

Program ini akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini layak memasuki semua program pengajian yang ditawarkan oleh UPM. Antara bidang yang ditawarkan oleh UPM untuk Peringkat Ijazah adalah:

PROGRAM YANG BOLEH DIIKUTI DI PERINGKAT IJAZAH

Lepasan Program Asasi Sains Pertanian (Arus Perdana) akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pada awal September tahun berikutnya dengan mengikuti salah satu daripada program di peringkat ijazah di UPM yang mana seperti berikut termasuk Doktor Perubatan:

Fakulti Pertanian

PG11  Bacelor Sains Pertanian
PG14  Bacelor Sains Hortikultur
PP05  Bacelor Sains (Perniagaantani)
PG27  Bacelor Pertanian (Akuakultur)
PG32  Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Fakulti Perhutanan

PG12  Bacelor Sains Perhutanan
PY11  Bacelor Sains Teknologi Kayu
PG47  Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Fakulti Perubatan Veterinar

PM01  Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan

PM00   Doktor Perubatan
PM02   Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
PM05   Bacelor Sains (Dietetik)
PM09   Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti)
PM10   Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)
PM12   Bacelor Kejururawatan 

Fakulti Kejuruteraan

PK 01  Bacelor Kejuruteraan (Awam)
PK02   Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)
PK03   Bacelor Kejuruteraan (Kimia)
PK05   Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)
PKO8   Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)
PK15   Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)
PK16   Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)
PK17   Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)

Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan

PG09   Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
PG17   Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
PG18   Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Fakulti Pengajian Pendidikan

PT09   Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian)

Fakulti Sains

Bacelor Sains (Kepujian)
PS02   Major Biologi
PS08   Major Matematik
PS09   Major Statistik
PS15   Major Fizik
PS28   Major Kimia
PS29   Major Kimia Perindustrian
PS30   Major Kimia Petroleum
PS36   Major Sains Bahan
PS37   Major Sains Intrumentasi

Fakulti Rekabentuk Dan Senibina

PH02   Bacelor Senibina Landskap
PH03   Bacelor Seni Bina
PH12   Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian)   

Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul

Bacelor Sains (Kepujian)
PG07   Bioteknologi
PS26   Biokimia
PS27   Mikrobiologi
PS71   Biologi Sel dan Molekul
 
Fakulti Sains Alam Sekitar

PG46  Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar
PP43  Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (UPM Kampus Bintulu Sarawak)

PG30   Bacelor Sains Bioindustri   


   

 

 

Kemaskini:: 18/04/2019 [hasniah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
B1566594132