Para Pelajar ASPer Merangkul Pingat Emas, Pingat Gangsa Dan Anugerah Khas Berlian Sempena Pertandingan Inovasi Penyelidikan, Creations De UiTM, Mega Innovation Carnival 2020 | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» ARTICLE » Para pelajar ASPer merangkul Pingat Emas, Pingat Gangsa dan Anugerah Khas Berlian sempena pertandingan inovasi penyelidikan, Creations de UiTM, Mega Innovation Carnival 2020

Para pelajar ASPer merangkul Pingat Emas, Pingat Gangsa dan Anugerah Khas Berlian sempena pertandingan inovasi penyelidikan, Creations de UiTM, Mega Innovation Carnival 2020

Pada 6 hingga 8 Mac 2020, para pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM telah melakar sejarah kerana memenangi 2 pingat Emas, 1 pingat Gangsa dan 1 anugerah khas iaitu Anugerah Berlian sempena pertandingan inovasi penyelidikan iaitu Creations de UiTM, Mega Innovation Carnival 2020 yang telah dianjurkan oleh Pusat Asasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, Selangor. Penyertaan daripada Pusat Asasi Sains Pertanian terdiri daripada satu projek daripada bidang Kimia dan dua projek daripada bidang Fizik. Berikut adalah perincian para pemenang daripada Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM:

Pencapaian

Tajuk projek penyelidikan

Nama peserta

Pingat Emas

&

Anugerah Berlian (Anugerah Khas)

A Versatile and Sustainable Adsorbent for the Removal of Dyes Pollutants from Wastewater

 

1.      Kamilia Nadhirah Binti Che Mohd. Apandi          (Kuliah 13)

2.      Puravin Raj a/l Aravandy (Kuliah 15)

3.      Fong Yan Bin (Kuliah 17)

Penyelia: Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain Binti Md. Jamil

Pingat Emas

Efficient and Low Cost Solar Cells Using Corn Starch Based Polymer Electrolyte For Renewable And Sustainable Energy Sources

1.      Nurin Batrisyia Binti Zulhannuddin (Kuliah 5)

2.      Siti Fatimah Binti Azman (Kuliah 12)

3.      Zainida Nor Izzati Binti Mohd Zainuri (Kuliah 5)

4.      Nur Ain Syamimie Binti Ahmad Yaakub (Kuliah 12)

 

Penyelia: Dr. Ikhwan Syafiq Bin Mohd Noor

Pingat Gangsa

A Green Technology for Bioelectricity Generation from Waste Utilization

1.      Ahmad Naim Bin Ahmad Nazri (Kuliah 12)

2.      Muhammad Nizar Bin Abd. Halim (Kuliah 12)

3.      Amir Hadif Bin Roseman (Kuliah 12)

4.      Muhammad Faiz Bin Abu Samad (Kuliah 12)

 

Penyelia: Dr. Emma Ziezie Binti Mohd Tarmizi

 

Lebih daripada 100 kumpulan penyelidik telah menyertai pertandingan inovasi sempena Creations de UiTM, Mega Innovation Carnival 2020 yang mendapat tajaan Yayasan Inovasi Malaysia dan Petronas. Para peserta dikehendaki membawa prototaip penyelidikan untuk dipamerkan dan dinilai oleh para juri yang terdiri daripada para penyelidik daripada sektor swasta seperti Petronas dan universiti tempatan. Kejayaan para pelajar ASPer dalam pertandingan inovasi ini membuktikan komitmen ASPer dalam memupuk semangat inovasi dan cintakan ilmu serta mengaplikasikannya untuk manfaat masyarakat dan negara. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

 

Gambar 1: Pasukan penyelidikan dari bidang Kimia yang telah memenangi Pingat Emas dan Anugerah Berlian, bersama prototaip bahan penjerap untuk mengasingkan pewarna dalam air sisa

Dari kiri: Fong Yan Bin, Kamilia Nadhirah Che Mohd. Apandi, Prof. Madya Dr. Siti Nurul Ain, Nur Afiqah Ahmad dan Puravin a/l Aravandy

 

Gambar 2: Sesi penjurian oleh penyelidik daripada universiti awam

Dari kiri: Kamilia Nadhirah Che Mohd. Apandi, Fong Yan Bin dan Puravin a/l Aravandy

 

Gambar 3: Pasukan penyelidikan dari bidang Fizik yang telah memenangi Pingat Emas bersama prototaip solar sel yang dihasilkan dari sumber boleh diperbaharui

Dari kiri: Nurin Batrisyia Zulhannuddin, Zainida Nor Izzati Mohd Zainuri, Siti Fatimah Azman dan Nur Ain Syamimie Ahmad Yaakub

 

Gambar 4: Wajah kegembiraan para pemenang Pingat Emas

Dari kiri: Dr. Ikhwan Syafiq Bin Mohd Noor, Nurin Batrisyia Zulhannuddin, Zainida Nor Izzati Mohd Zainuri dan Nur Ain Syamimie Ahmad Yaakub

 

 

Gambar 5: Pasukan penyelidikan dari bidang Fizik yang telah memenangi Pingat Gangsa bersama prototaip untuk menghasilkan bioelektrik dari bahan sisa.

Dari kiri: Amir Hadif Roseman, Muhammad Nizar Abd. Halim, Dr. Emma Ziezie Mohd Tarmizi, Ahmad Naim Ahmad Nazri dan Muhammad Faiz Abu Samad

 

Gambar 6: Sesi penjurian oleh wakil industri

Dari kiri: Muhammad Nizar Abd. Halim, Muhammad Faiz Abu Samad dan Ahmad Naim Ahmad Nazri

 

 

Date of Input: 12/03/2020 | Updated: 12/03/2020 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
C1594637587