Asasi UPM Naib Juara Pertandingan Debat Intervarsiti Asasi Universiti Awam Kategori Bahasa Inggeris | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Asasi UPM Naib Juara Pertandingan Debat Intervarsiti Asasi Universiti Awam Kategori Bahasa Inggeris

Asasi UPM Naib Juara Pertandingan Debat Intervarsiti Asasi Universiti Awam Kategori Bahasa Inggeris

Jumaat 20 September 2019, bertempat di UITM Cawangan Dengkil telah berlangsung Pertandingan Debat Intervarsiti Universiti Awam selama 3 hari. Pertandingan debat ini telah disertai oleh semua Pusat Asasi dari 13 UA  dan Pusat Matrikulasi KPM.

Pertandingan Debat Ala Parlimen ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta di laksanakan secara serentak mengikut jadual pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.  

ASPer UPM telah turut serta dalam pertandingan ini dengan mempertaruhkan dua pasukan utama iaitu satu pasukan Bahasa Melayu dan satu Pasukan Bahasa Inggeris. Persaingan mantap telah ditunjukan oleh kedua-dua pasukan UPM namun pasukan Debat Bahasa Melayu telah mengakhiri pertandingan diperingkat suku akhir dengan kemenangan tipis oleh pihak lawan.

Walaubagaimanapun Pasukan Debat Bahasa Inggeris ASPer telah berjaya mengorak langkah hingga ke peringkat akhir. Pasukan UPM bertemu pasukan Kolej Matrikulasi Melaka.

FINALS

ENGLISH DEBATE

KMM (Government) vs UPM (Opposition)

 Motion: This House Prefer a world where human are content with mediocrity over finding happiness from excellence. 

 

Dengan usul yang dibawa para pendebat ASPer telah memberikan persembahan yang sangat hebat namun pasukan Asper terpaksa akur dengan keputusan Naib Juara Pertandingan Debat Intervarsiti UA (Bahasa Inggeris). Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding mereka telah memberikan yang terbaik dan menjadi kebanggaan Pusat Asasi Sains Pertanian UPM.

Pasukan Debat Bahasa Melayu ASPer

Pasukan Debat Bahasa Inggeris ASPer

Afiqah Izzati Bt Sundusi

Imanina Mumtazah Bt Abd Azazis

Muhammad Haiqal Fikry Bin Abdul Rahman

Nur Haziqah Bt Aznan

Kaviarasan A/L Jiwa

Sharifah Hani Zafirah Al Sagoff Bt Syed Omar

Ooi Chun Keat

Joshua A/L Anthony

 

Tarikh Input: 11/10/2019 | Kemaskini: 15/10/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEYPAk~