SERDANG, 26 Jun 2026 – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) terus menyemarakkan budaya kreativiti, kelestarian dan semangat kebersamaan warga universiti menerusi projek pembinaan arca bertemakan “ASPutra” di Laman Mini Asasi 3.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menceriakan kawasan persekitaran ASPutra melalui penghasilan laman mini yang menggabungkan elemen seni, landskap dan bahan terpakai. Arca “ASPutra” menjadi antara tarikan utama laman mini berkenaan, sekali gus melambangkan identiti serta kreativiti warga ASPutra.
Pelaksanaan projek ini turut diserikan dengan Program Gotong-Royong Jiwa Putra yang telah diadakan pada 26 Jun 2026. Program melibatkan penglibatan warga ASPutra secara bersama dalam aktiviti membersihkan kawasan, menyusun landskap, menanam serta menghias kawasan dengan pelbagai jenis bunga yang sedang mekar.
Penggunaan bahan terpakai dalam penghasilan laman mini turut mengetengahkan konsep guna semula dan kelestarian, di samping membuktikan bahawa bahan yang tidak lagi digunakan boleh diberikan nilai baharu melalui sentuhan kreativiti. Sebanyak 26 tayar terpakai telah digunakan untuk membentuk huruf “ASP”. Manakala selebihnya huruf mengunakan xxx batu bata terpakai yang disusun rapi dan corak yang telah direkabentuk lebih awal.
Menurut Dr. Jamali bin Janib, Ketua Pentadbiran ASPutra idea asal projek ini ialah untuk mengisi aktiviti Bulan Sinergi Putra pada bulan Jun 2026. Selain menceriakan persekitaran, projek ini diharapkan dapat mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan menarik untuk warga kerja serta pelajar ASPutra. Laman mini tersebut juga berpotensi menjadi ruang santai dan lokasi interaksi warga kampus yang mencerminkan semangat Jiwa Putra, kreativiti dan kelestarian. Projek laman mini ini akan terus dikembangkan dengan fasa kedua yang lebih lestari dengan menggunakan benih sedia ada untuk dikembangbiakkan di kawasan yang lain pula.
Inisiatif seumpama ini membuktikan bahawa usaha menceriakan persekitaran bukan sahaja dapat meningkatkan imej dan suasana tempat kerja, malah mampu mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta rasa memiliki dalam kalangan warga ASPutra.
Insert Link video pembinaan ACRA ASPutra

Gambar 1 – Arca “ASPutra”
Arca “ASPutra” menjadi identiti utama Laman Mini Asasi 3 h
![]() |
![]() |
![]() |
asil kreativiti warga ASPutra dengan memanfaatkan bahan terpakai.
Gambar 2 – Aktiviti Gotong-Royong Jiwa Putra
Warga ASPutra berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Jiwa Putra bagi menceriakan persekitaran Laman Mini Asasi 3.

Gambar 3 – Bunga-bungaan di Laman Mini Asasi 3
Pelbagai bunga yang mekar menghiasi Laman Mini Asasi 3, sekali gus mewujudkan suasana persekitaran yang lebih ceria dan kondusif.

Gambar 4 – Hasil projek laman mini
Hasil kreativiti warga ASPutra dalam menggabungkan elemen landskap, seni dan penggunaan semula bahan terpakai.
Gambar 5 – Warga ASPutra bergambar bersama
Semangat kebersamaan dan Jiwa Putra menjadi pemangkin kepada kejayaan projek menceriakan Laman Mini Asasi 3.
Tarikh Input: 11/08/2026 | Kemaskini: 11/08/2026 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor