Bidang Kimia Meraih Pingat Perak Dalam Putra Innocreative Poster Competition Sempena Putra InnoCreative Carnival In Teaching And Learning 2019 (PICTL 2019) | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bidang Kimia Meraih Pingat Perak dalam Putra Innocreative Poster Competition sempena Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2019 (PICTL 2019)

Bidang Kimia Meraih Pingat Perak dalam Putra Innocreative Poster Competition sempena Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2019 (PICTL 2019)

 

17 Oktober 2019, Khamis – Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah berjaya memperolehi pingat Perak bagi Poster yang bertajuk Augmented Chemistry: Turning Concept into Reality dalam pertandingan innovasi pengajaran Putra Innocreative Poster Competition PICTL 2019. Augmented Chemistry merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kimia di PASP. Teknik pengajaran yang telah mula diaplikasikan semenjak dari 2017 selaras dengan teknologi pendidikan masa kini. Kaedah ini dapat menarik minat para pelajar terhadap matapelajaran kimia seterusnya meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang aplikasi ilmu kimia dalam kehidupan harian terutamanya dalam bidang pertanian dan industri. Semoga kejayaan yang diperolehi menyuntik semangat para pendidik PASP agar terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa di masa hadapan. Tahniah diucapkan.

  

Tarikh Input: 04/11/2019 | Kemaskini: 27/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEXTAU~