Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian Merupakan Perintis Penganjuran Symposium On Multidisciplinary Science 2019 (SMS2019) | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian merupakan Perintis Penganjuran Symposium on Multidisciplinary Science 2019 (SMS2019)

Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian merupakan Perintis Penganjuran Symposium on Multidisciplinary Science 2019 (SMS2019)

 

BANGI - Bidang Kimia telah berjaya menganjurkan Symposium on Multidisciplinary Science 2019 (SMS 2019) pada 31 Julai 2019 di Bangi Resort Hotel, Selangor bertemakan “Foresting Synergy in Multidisciplinary Sciences”. Seminar ini merupakan platform yang penting bagi  para pendidik Pusat Asasi Sains Pertanian yang juga merupakan penyelidik di Universiti Putra Malaysia membentangkan kajian yang dijalankan, serta menjalinkan hubungan kerjasama di kalangan penyelidik dalam pelbagai bidang sains termasuk kimia, fizik, biologi, matematik dan pertanian. Pelbagai pengisian yang bermanfaat dan perbentangan ilmiah telah diadakan sepanjang simposium berlangsung.  Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman telah dijemput untuk memberikan Keynote Speech sementara Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh dan Emeritus Prof. Dr. Ioan Pop telah menyampaikan Plenary Speech pada seminar tersebut. Diharap agar simposium ini dapat melahirkan para penyelidik yang berpotensi menghasilkan impak yang positif kepada Universiti, komuniti dan negara.

  

Tarikh Input: 04/11/2019 | Kemaskini: 02/12/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEUNAk~