COVID-19 | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science

» COVID-19

COVID-19

STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 DI PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN, UPM

1. PENGENALAN

Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Badan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). PASP mengambil perhatian yang serius mengenai penularan virus ini dalam kalangan mahasiswa dan warganya.   

 2.OBJEKTIF

Tujuan garis panduan ini adalah untuk membantu pengurusan PASP untuk mengambil langkah-langkah mengawal penularan penyakit COVID-19 termasuk mengendalikan warga PASP yang terlibat dengan perjalanan ke negara-negara yang dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi dalam penularan virus COVID-19 iaitu China (Taiwan, Macau, Hong Kong), Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 28 Februari 2020 dan negara-negara yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa. Warga PASP juga diminta untuk sentiasa melayari laman web KKM untuk mendapatkan perkembangan terkini jangkitan penyakit ini serta mendapatkan senarai terkini negara terjejas dengan wabak COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

  1. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENULARAN JANGKITAN COVID-19
    • Mahasiswa dan warga PASP dinasihati untuk tidak mengikuti sebarang program yang akan dianjurkan di negara yang terjejas dengan COVID-19 dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi oleh KKM seperti China (Taiwan, Macau, Hong Kong), Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran serta negara-negara lain yang diisytiharkan oleh KKM dari semasa ke semasa;
    • Menasihatkan mahasiswa dan warga PASP yang lain untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk atau sesak nafas dan menasihatkan mereka agar tidak hadir ke kelas sehinggalah mereka sembuh;
    • Jika terdapat mahasiswa yang bergejala tetapi masih hadir ke kelas, mereka perlulah diasingkan seperti di bilik kesihatan sementara menghubungi Pusat Kesihatan Universiti (PKU) untuk menjemput dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Bagi warga PASP lain yang menunjukkan gejala tersebut, pelepasan perlu diberikan untuk mereka pulang dan mendapatkan rawatan lanjut;
    • Sekiranya terdapat kes mahasiswa yang disahkan positif mendapat jangkitan ini, pihak PASP perlu melaporkan kepada PKU/OSH untuk tindakan kawalan pencegahan wabak secara serta merta dan pihak PASP perlu mematuhi nasihat dan arahan selanjutnya oleh PKU/OSH;
    • Memastikan mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman yang bergejala diasingkan sementara menghubungi PKU untuk menjemput dan mendapatkan rawatan selanjutnya;
    • Mendapatkan kerjasama dengan KOLEJ/PKU/OSH untuk menjalankan saringan suhu di pintu keluar kolej kediaman sebelum mahasiswa menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
    • Menwujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri kepada warga PASP, khususnya mahasiswa. Mereka perlu diingatkan agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup yang sihat;
    • Menasihati mahasiswa terutama yang bergejala untuk berada di bilik kolej kediaman dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (face mask);
    • Memberi kefahaman kepada mahasiswa mengenai peranan mereka dalam usaha mencegah penularan wabak jangkitan penyakit ini di PASP; dan
    • Pelaksanaan aktiviti di luar bilik kuliah boleh diadakan dengan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dan pihak PASP boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sekiranya perlu untuk menunda atau membatalkan aktiviti tersebut.
  1. PENUTUPAN DAN DISINFEKSI ASASI SAINS PERTANIAN, UPM
    • Proses disinfeksi perlu dilakukan dengan panduan dan nasihat daripada PKU/OSH.
    • Sebarang tindakan penutupan kelas adalah tertakluk kepada Pengarah PASP setelah mendapat nasihat PKU/OSH
  2.  PENUTUP

PASP mengharapkan agar warga dan mahasiswa mematuhi SOP ini untuk mencegah penularan wabak penyakit COVID-19.

 

 

C1596480153