SERDANG, 3 Julai 2025 – Suasana penuh ceria dan nostalgia menyelubungi Restoran L’apprenti, UPM apabila seluruh warga ASPutra berganding bahu menjayakan Program Sambutan Dua Dekad ASPutra, satu program istimewa yang menandakan pencapaian penting dalam perjalanan institusi yang telah mencorakkan kecemerlangan selama 20 tahun.
Acara yang bermula pada jam 1.45 petang itu menyaksikan kehadiran penuh semua staf ASPutra serta barisan pengurusan, dengan ketibaan tetamu disambut mesra di lokasi berprestij milik universiti, iaitu Restoran L’apprenti. Program dimulakan pada jam 2.00 petang dengan kata aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan bacaan doa yang mengiringi harapan agar ASPutra terus melakar kejayaan di masa depan.
Detik paling bermakna dalam sambutan ini adalah ucapan pembukaan oleh Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, yang mengimbau kembali pencapaian dua dekad ASPutra sambil menyuntik semangat baharu untuk menghadapi cabaran mendatang. Ucapan beliau menyentuh nilai kebersamaan, dedikasi staf, dan aspirasi untuk terus unggul dalam menyokong pembangunan pelajar di UPM.
Program turut diserikan dengan tayangan montaj istimewa bertajuk “Gemilang Dua Dekad ASPutra” yang menyentuh hati para hadirin apabila memaparkan mutiara kata dari staf ASPutra, sorotan kenangan, kejayaan dan kenangan indah sepanjang dua dekad penubuhan ASPutra.
Seterusnya, Timbalan Pengarah I, Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin, tampil menyampaikan taklimat persediaan semester baharu, menggariskan pelan strategik serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan pelajar dan fasiliti pengajaran.
Acara diteruskan dengan persembahan istimewa dari staf ASPutra, mencerminkan semangat kekeluargaan dan bakat luar biasa yang dimiliki warga kerja institusi ini. Gelak tawa dan tepukan bergema, memeriahkan suasana yang penuh keakraban.
Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena sambutan Dua Dekad ASPutra. Acara kemudiannya diakhiri dengan jamuan minum petang, sesi bergambar kenangan, dan akhirnya bersurai pada jam 5.00 petang. Walaupun program berakhir, namun semangat dan kenangan sambutan ini pasti terpahat dalam ingatan setiap warga ASPutra.
Sambutan ini bukan sahaja meraikan usia 20 tahun ASPutra, malah memperkukuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan staf. ASPutra kini bukan sekadar tempat bekerja, tetapi satu komuniti yang terus mara bersama demi kecemerlangan pelajar dan universiti tercinta.

Disediakan oleh,
Tuan Muhammad Syafiq Bin Tuan Hassan
Pegawai Eksekutif 3 ASPutra
Date of Input: 29/07/2025 | Updated: 29/07/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor