AUDIT DALAMAN MS 1SO 9001:2015 PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2021 | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » AUDIT DALAMAN MS 1SO 9001:2015 PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2021

AUDIT DALAMAN MS 1SO 9001:2015 PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN 2021

Sesi Audit Dalaman Pusat Asasi Sains Pertanian bagi tahun 2021 telah berlangsung pada 24 dan 25 Ogos 2021 iaitu selama 2 hari dan sesi audit ini dilaksanakan secara remote audit.

Audit kali ini merupakan sesi audit yang pertama kali dilaksanakan secara remote audit iaitu sepenuhnya secara dalam talian berikutan situasi PKP semasa. Pengalaman baru bagi semua staf Pusat Asasi Sains Pertanian dan situasi ini juga memberi pendedahan awal kepada semua staf agar membuat persediaan dokumen secara salinan lembut.

Namun syukur kehadrat Ilahi kerana semua proses audit dapat dilaksanakan dengan lancar dan tiada gangguan jaringan internet. Selain itu kerjasama yang diberikan oleh semua auditee dan auditor juga amat bagus dan diharap ia dapat dikekalkan pada masa akan datang.

Selesai sesi audit selama 2 hari dan Mesyuarat Penutupan Audit telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2021 dengan jehadiran lebih 40 orang staf serta pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sepenuh kerjasama kepada pelaksanaan audit dalaman pada kali ini.

 

Date of Input: 28/08/2021 | Updated: 28/08/2021 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
BUJZLA:11:20