LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2025 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA asasi
» NEWS » LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2025

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENGHARGAAN KUIZ KIMIA KEBANGSAAN 2025

Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Kuiz Kimia Kebangsaan 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia pada 21hb November 2025 (Jumaat) pada jam 11.00 pagi. Majlis ini diadakan bagi menghargai penglibatan serta komitmen para pelajar yang telah menyertai Kuiz Kimia Kebangsaan, sekali gus menyemarakkan minat mereka terhadap bidang sains dan kimia.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Pusat Asasi Sains UPM, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Moh Tah. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pengurusan, pensyarah Unit Kimia serta para pelajar yang terlibat dalam program ini.

Sesi utama majlis ialah penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan serta cenderahati kepada para pelajar yang telah mengambil bahagian dalam kuiz tersebut iaitu seramai 17 orang yang terdiri dari pelbagai kuliah. Buat julung kalinya, seorang peserta Shri Darshan A/L Shri Rajini Kanthtelah berjaya mendapat tempat ketiga (merit) di dalam penyertaan ini sekaligus membawa nama Pusat Asasi Sains, Universiti Putra Malaysia ketahap yang membanggakan. Penyampaian sijil ini melambangkan penghargaan pihak penganjur terhadap usaha gigih dan semangat daya saing pelajar dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di peringkat kebangsaan.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur serta mencapai objektif dalam memupuk minat pelajar terhadap sains, di samping mengiktiraf usaha mereka dalam bidang kimia.

Date of Input: 28/11/2025 | Updated: 28/11/2025 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (03:38:59pm-03:43:59pm, 13 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]