MAJLIS PELANCARAN HARI PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 17 AMBILAN KEDUA | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » MAJLIS PELANCARAN HARI PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 17 AMBILAN KEDUA

MAJLIS PELANCARAN HARI PUTRA PERKASA KHUSUS BUAT PELAJAR ASPER 17 AMBILAN KEDUA

Pelajar program Asasi Sains Pertanian (Ambilan Kedua) sesi 2021/2022 telah selesai mendaftar secara dalam talian pada 21 Ogos 2021 dan seterusnya menhadiri Majlis Pelancaran Hari Putra Perkasa khusus buat mereka pada 22 Ogos 2021. Pada sesi ambilan kali ini, pelajar ambilan kedua merupakan pelajar yang melalui proses rayuan UPU Online serta kelompok kemasukan pelajar menerusi saluran T20 yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak UPM Holdings UPM.

Majlis berkenaan merupakan pertemuan pertama menerusi alam maya dengan pelajar ambilan kedua. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian UPM dan Naib Canselor UPM di mana intipati ucapan adalah untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar menjadi warga UPM serta merakamkan ucapan tahniah kerana terpilih menjadi pelajar asasi di UPM.

Pelajar seterusnya akan menjalani tempoh orientasi secara dalam talian menerusi Hari Putra Perkasa yang dijalankan selama dua hari sahaja bermula pada 22 Ogos 2021 sehingga 23 Ogos 2021. Slot Asper Head Start (Ambilan Kedua) yang merupakan slot LDK bersama Penasihat Akademik merupakan medium interaksi dua hala yang telah diadakan bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Asasi. Dua aktiviti yang dijalankan di bawah tajuk Peranan Penasihat Akademik, Smart ASPer dan ASPer the Right Choice! bertujuan memberi pendedahan serba sedikit berkaitan kehidupan sebagai pelajar asasi, kaedah pembelajaran serta aspek pembinaan sahsiah agar pelajar tidak terjebak dengan kejutan budaya dan dapat menjalani proses transisi sebagai pelajar sekolah ke pelajar universiti dengan sebaiknya.

Antara paparan penglibatan pelajar baharu ambilan kedua dan staf Pusat Asasi Sains Pertanian sewaktu Majlis Pelancaran Hari Putra Perkasa

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar program Asasi Sains Pertanian (Ambilan kedua) sesi 2021/2022.

 

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani

Pusat Asasi Sains Pertanian

 

Date of Input: 30/08/2021 | Updated: 30/08/2021 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDdVAV~