MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025 BERSAMA PENGURUSAN ASPUTRA | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025 BERSAMA PENGURUSAN ASPUTRA

MAJLIS SUAI KENAL PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025 BERSAMA PENGURUSAN ASPUTRA

27 Julai 2024, Sabtu, Majlis Suai Kenal Pelajar Baharu Program Asasi Sains Pertanian (ASPer) sesi 2024/2025 bersama pengurusan ASPutra telah diadakan di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia. Majlis dimulai dengan kata alu-aluan dan ucapan selamat datang dari pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah.  Dukacita dimaklumkan Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah tidak dapat hadir atas kekangan tugasan lain. Namun kehadiran beliau dirasai dengan adanya tayangan video dirakam khas dari beliau untuk tatapan para pelajar. 

Program Asasi Sains Pertanian adalah program yang dirancang khusus untuk mempersiapkan para pelajar dengan pengetahuan asas dalam bidang sains dan pertanian, sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Program ini tidak hanya menjanjikan pendidikan yang berkualiti tetapi juga jaminan tempat di UPM untuk pelajar yang berjaya lulus dengan cemerlang.

Antara intipati penting yang disampaikan dalam ucapan beliau adalah seperti berikut:

  • Minggu Putra Perkasa 2024 akan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus dan mempersiapkan diri pelajar untuk menghadapi cabaran akademik dan social.
  • Gunakan sebaiknya pengalaman berada di ASPutra untuk mengembangkan potensi diri, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam pembangunan sahsiah diri pelajar.
  • Proses pembelajaran di ASPutra adalah lebih daripada sekadar menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan semata-mata. Ia melibatkan pembinaan hubungan baik dengan pensyarah, staf dan rakan-rakan seperjuangan.
  • Sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengimbangi antara pelajaran dan rehat yang cukup. Kesihatan yang baik adalah kunci kepada keberkesanan dalam pebelajaran dan pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Gunakan peluang sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita dan menjadi individu yang berjaya seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau mengingatkan para pelajar baharu supaya meneruskan usaha yang gigih bagi memenuhi harapan ibu bapa mereka di samping menegaskan bahawa para pelajar baharu ini merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan legasi kecemerlangan di UPM. Besar harapan pengarah, malah lebih besar harapan ibu bapa mereka.

Beliau juga berharap agar segala informasi yang diperoleh sepanjang Minggu Putra Perkasa berlangsung dapat membantu para pelajar tentang apa yang bakal ditempuhi sepanjang bergelar pelajar ASPutra. Seluruh warga ASPutra mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu sesi akademik 2024/2025.

Beliau mengakhiri ucapan dengan dua rangkap pantun:

Mendaki bukit penuh semangat,

Hujan turun tidak menghalang,

Ilmu dicari dengan tekad,

Cemerlang diri pasti gemilang.

Burung merak terbang di taman,

Indah warnanya mempersona,

Kecemerlangan anda dalam genggaman,

Generasi hebat pasti terbina.

Seterusnya, majlis bersambung dengan aluan Prof. Madya Dr. Noor Azmi bin Shaharuddin, Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan) dan sesi perkenalan bersama staf ASPutra. Seramai 73 staf ASPutra terdiri 3 orang profesor madya, 23 orang pensyarah kanan, 2 orang pensyarah,  seorang felo pengajar, 23 orang pegawai perkhidmatan Pendidikan, 3 orang pegawai dan 18 orang staf sokongan yang merangkumi staf pelaksana pejabat, penolong pegawai sains dan pembantu makmal telah diperkenalkan kepada para pelajar baharu. Setiap bidang Matematik, Fizik, Kimia, Pertanian dan Biologi diketuai oleh seorang ketua bidang. Semoga hubungan erat bakal terjalin antara pelajar dan staf demi memacu kecemerlangan ASPutra.

Sebelum majlis berakhir, Dr. Muhammad Alif bin Mohamad Latif, Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri dan Masyarakat) menyampaikan taklimat mengenai Minggu Putra Perkasa yang wajib dihadiri para pelajar baharu. Banyak informasi yang akan dikongsi kepada pelajar contohnya keselamatan dan kesihatan pelajar, perkhidmatan kaunseling yang disediakan, kemudahan penggunaan perpustakaan dan lain-lain. Majlis berakhir dengan sesi tayangan montaj pendaftaran dan sesi soal jawab.

Diharapkan segala amanat yang diberi dapat menyuntik semangat yang membara dalam diri pelajar semua. Sesungguhnya, kekuatan dan ketabahan datang dari usaha yang berterusan dan para pelajar sendirilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan impian mereka. Semoga semua pelajar cemerlang dan terus melakar kecemerlangan di masa hadapan.

Disediakan oleh,

Pn. Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan

JK Hebahan, Publisiti, Penulisan Laman Web & Laporan, MPP 2024

Date of Input: 30/07/2024 | Updated: 30/07/2024 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
X, (10:42:50pm-10:47:50pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]