PAMERAN BULAN SAINS TERBUKA BERTEMAKAN NATURES WONDERS THE BEAUTY AND SCIENCE OF OUR PLANET
SERDANG, Mei 2025 - Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) turut terlibat sebagai pempamer dalam Program Bulan Sains Terbuka yang berlangsung selama sebulan bermula 1 Mei 2025 sehingga 31 Mei 2025 di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia.
Pameran yang bertemakan Nature’s Wonders: The Beauty and Science of Our Planet bertempat di Bilik Pameran PSAS diketuai oleh Pengarah ASPutra, Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah turut bekerjasama dengan SISFEC, INTROP dan para penyelidik dalam mendapatkan beberapa spesies haiwan dan tumbuhan hidup di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong dan Hutan Rekreasi Sungai Tekala, Semenyih. Antara haiwan yang berjaya dibawa untuk pameran adalah seperti katak dan kodok yang hidup di batuan sungai dan kayuan reput di hutan. Selain itu, terdapat sembilan ekor kelawar spesies Cecadu Pisang yang ditempatkan dalam sangkar khas dan sarang burung tempua turut dipamerkan di PSAS. Walau bagaimanapun, terdapat spesies haiwan yang jarang ditemui hanya boleh dipamerkan melalui poster bergambar kerana memerlukan permohonan permit pameran yang lebih awal dan penjagaan yang rapi.
Tujuan pameran ini adalah untuk memberi pengetahun dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar, biodiversiti dan hidupan liar di Malaysia. Pengunjung yang hadir dapat melihat secara lebih dekat dan mengenali beberapa spesies flora dan fauna, habitat sebenar dan ekosistem hidupan yang ada di negara ini.
Program Bulan Sains Terbuka ini turut disertai oleh PTJ lain dan agensi luar seperti Fakulti Sains, Fakulti Pertanian dan PERHILITAN. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, YBhg. Prof. Dr. Zamberi Sekawi pada 7 Mei 2025.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 16/05/2025 | Updated: 16/05/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor