Program Jerayawara Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPutra) Ke Fakulti Rekabentuk Dan Senibina (FRSB) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Jerayawara Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPutra) ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)

Program Jerayawara Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPutra) ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)

Serdang, 17 Januari 2025 – Seramai 15 orang pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer20) diiringi oleh Puan Nur Ain Asyiqin Anas dari Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (ASPutra) telah membuat kunjungan ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) bersempena Program Jerayawara yang pertama kali diperkenalkan pada sesi ini. Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar ASPer20 untuk menilai dan mendapatkan maklumat berkaitan program bacelor yang akan dipilih kelak. Melalui program ini, pelajar akan memperoleh gambaran yang lebih jelas mengenai laluan akademik yang sesuai dengan minat dan cita-cita mereka, di samping meningkatkan motivasi melalui sesi ceramah dan taklimat daripada fakulti.

Taklimat pembukaan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zalina Shari meliputi sejarah pertubuhan fakulti, maklumat berkaitan jabatan-jabatan, aktiviti fakulti yang telah diadakan, dan peluang kerjaya yang tersedia. Taklimat kemudiannya diteruskan lagi dengan perkongsian terperinci daripada wakil setiap jabatan iaitu daripada Dr. Siti Mastura Md. Ishak (Jabatan Reka Bentuk Perindustrian), Ts. Raihan Maskuriy (Jabatan Senibina) dan LAr. Mohd Nazri Saidon (Jabatan Senibina Landskap). Pelajar juga diberi peluang untuk bertanya soalan setelah selesai sesi taklimat bagi setiap jabatan.

Sesi bergambar bersama di Galeri Serdang.

Selepas sesi taklimat, para pelajar dibawa melawat Galeri Serdang yang merupakan tempat utama bagi pameran hasil kerja pereka bentuk dan artis yang dikenali pada peringkat nasional dan antarabangsa serta hasil kerja staf dan pelajar FRSB yang cemerlang. Hasil karya yang diperagakan sedikit sebanyak meningkatkan inspirasi dan motivasi para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dibawa ke kawasan sekitar fakulti termasuklah studio, bilik perbincangan, bengkel dan makmal pengajaran.

Secara keseluruhan, program ini berjaya meningkatkan pengetahuann dan kefahaman sekaligus memberi inspirasi kepada para pelajar untuk membuat keputusan yang terbaik terhadap laluan akademik mereka.

 

  

 

Sesi bergambar bersama di Galeri Serdang.

 

Disediakan oleh,

Nur Ain Asyiqin Anas

Penyelaras Program Jerayawara Pusat Asasi Sains Pertanian UPM (ASPutra) ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)

Date of Input: 26/02/2025 | Updated: 26/02/2025 | hasniah

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
W, (04:31:02pm-04:36:02pm, 10 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]