SUKRA 2020 PENUH SEMANGAT KESUKANAN | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » SUKRA 2020 PENUH SEMANGAT KESUKANAN

SUKRA 2020 PENUH SEMANGAT KESUKANAN

SUKRA ASPer 2020 atau dikenali juga sebagai sukan rakyat telah berlangsung pada 15 Februari 2020 bertempat di sekitar Pusat Asasi sains Pertanian mulai jam 7.30pagi hingga 3.00petang. Mengimbau kenangan dan keceriaan zaman kanak-kanak. Permainan seperti galah panjang, baling selipar, lari ikat kaki, batu Seremban, ceper dan perarakan kampung sememangnya jarang dimainkan oleh masyarakat hari ini.

Namun bagi Pusat Asasi Sains Pertanian SUKRA adalah acara tahunan yang dianjurkan bersama Persatuan Pelajar Asasi sains Pertanian dan penglibatan Alumni ASPer sebagai sukarelawan. Bukan setakat menarik tapi bagi yang pertama kali bermain keterujaan sangat ketara.

Bagi para pelajar yang turut serta mereka sempat meluahkan perasaan ‘sangat seronok bersaing dalam SUKRA tambahan pula permainan seperti ini memang tidak pernah main, jadi  rasa nak main sangat tinggi’. Bagi golongan staf dan pensyarah yang turut serta permainan sukan rakyat ini penuh cabaran apabila perlu bersaing dengan remaja yang jauh lebih tinggi tenaga berbanding staf. Cuma kelebihan dipihak staf mereka memang telah arif dengan selok belok peraturan permainan dan teknik bermain.

SUKRA ASPer 2020 telah menobatkan Kuliah 12 sebagai pemenang keseluruhan untuk tahun 2020. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus menyediakan dan menguruskan SUKRA ASPer 2020.

Date of Input: 11/03/2020 | Updated: 11/03/2020 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
C1594638169