UPM Sedrang, 10 Mac 2025 bertempat di Surau Kolej Tan Sri Aishah Ghani telah dilaksanakan agihan sumbangan “Sahur kit” oleh pengurusan Zara Zakiah Education Sdn. Bhd.
Program ini bermula pada jam 4.00petang dengan penyerahan sumbangan oleh wakil-wakil daripada agensi berkenaan dengan dibantu oleh HICOM ASPer 20. Sesi serahan sumbangan ini berakhir sebelum waktu berbuka dan melibatkan hampir 300 bungkusan makanan.
Pihak ASPutra mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan daripada pihak Zara Zakiah Education Sdn. Bhd. Semoga sumbangan ini akan memberi kemeriah bersahur kepada para pelajar ASPer20 Sesi 2024/2025.
Date of Input: 14/03/2025 | Updated: 14/03/2025 | hasniah

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor