WARNA WARNI SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » WARNA WARNI SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025

WARNA WARNI SESI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN SESI 2024/2025

Pendaftaran para pelajar baharu bagi Program Asasi Sains Pertanian sesi 2024/2025 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2024 di kolej kediaman pelajar iaitu Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG). Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Proses pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama antara staf Pusat Asasi Sains, ASPutra, staf KTAG dan turut dibantu oleh 30 fasilitator pelajar yang dipilih dari alumni ASPer. Para pelajar baharu datang dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Suasana sekitar sesi pendaftaran pada hari pertama berjalan dengan lancar. Para petugas pendaftaran menyantuni pelajar dan ibu bapa yang memerlukan pertolongan. Rata-rata ibu bapa sangat berpuas hati dengan kelancaran proses pendaftaran. Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia serta pengurusan tertinggi ASPutra turut hadir bagi meninjau proses pendaftaran pelajar baharu di KTAG.

Antara perkara yang menarik perhatian pada sesi pendaftaran ialah penggunaan buggy yang memudahkan proses mengangkat dan membawa barang-barang yang berat dan besar dari perkarangan tempat letak kereta ke kawasan kolej kediaman. Penggunaan

buggy ini sangat diperlukan memandangkan jarak dari kawasan parkir agak jauh. Alhamdulillah, rata-rata pelajar sangat bersyukur dan gembira dengan kemudahan ini.

Hari kedua sesi pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains Pertanian sesi 2024/2025 diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM. Beliau diiringi oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Pengarah Pusat Asasi Sains UPM, Tuan Haji Mat Razi Abdullah, Timbalan Pendaftar Pusat Asasi Sains UPM dan Puan Siti Noriza Samad, Pegawai Tadbir KTAG.

Turut bersama memeriahkan suasana pendaftaran pelajar baharu di Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) ialah YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM.

Beliau turut diiringi oleh YBrs. En. Mohd Firdaus Zakaria (Ketua Kemasukan Pelajar) UPM, YBrs. En. Ahmad Fouzi Hj. Abd. Tahir (Ketua Penolong Pegawai Tadbir) UPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Azmi Shaharuddin Timbalan Pengarah 1 (Akademik dan Penyelidikan), YBrs. Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, Timbalan Pengarah 2 (Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri dan Masyarakat) dan YBrs. Dr. Daljit Singh A/L Karam Singh, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani serta pegawai UPM.

Suasana di perkarangan kampus kediaman KTAG sangat meriah dengan kehadiran para pelajar baharu bersama keluarga masing-masing. Jelas terpancar keceriaan dan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mereka hadir dengan harapan yang besar untuk melihat anak-anak melakar kejayaan di ASPutra. Seusai mendaftar dan mendapatkan kunci di pejabat utama kolej, para pelajar terus bergerak ke bilik masing-masing dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

 

 

 

Alhamdulillah, sesi pendaftaran pelajar pada kali ini berjalan dengan baik sekali. Cuaca yang sangat baik juga membantu kelancaran proses pendaftaran tersebut. Seluruh warga ASPutra sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dan berharap dapat membina ikatan yang lebih harmoni sesama pelajar demi kecemerlangan bersama. Pihak ASPutra mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pendaftaran pelajar baharu Program Asasi Sains Pertanian UPM sesi akademik 2024/2025.

Disediakan oleh,

Pn. Wan Nur Atikah Wan Mohd Adnan

JK Hebahan, Publisiti, Penulisan Laman Web & Laporan, MPP 2024

 

Date of Input: 26/07/2024 | Updated: 27/07/2024 | emma

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
X, (10:19:44pm-10:24:44pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]