Solat Hajat Perdana ASPer15 | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» STUDENT ACTIVITIES » Student » Solat Hajat Perdana ASPer15

Solat Hajat Perdana ASPer15

24 Mac 2019, bertempat di Masjid UPM Serdang Selangor telah berlangsung Program Solat hajat Perdana Anjuran Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar ASPer15 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor.

Program solat hajat telah berlangsung sejurus selepas solat maghrib diikuti dengan bacaan yassin. Hampir 80 peratus pelajar ASPer15 telah menghadiri program solat hajat perdana ini yang dianjur khas sempena Peperiksaan Akhir yang bakal berlangsung pada 4hb November hingga 14 November 2019 akan datang.

Setelah selesai solat isyak para pelajar telah disediakan dengan jamuan makan hasil sumbangan daripada pihak pusat Islam UPM. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Updated:: 29/10/2019 [hasniah]

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
C1596476481