Rajah 1. Durian Musang King. Imej oleh Free Malaysia Today (FMT), dilesenkan di bawah CC BY 4.0.
Durian merupakan antara buah tropika yang mendapat permintaan tinggi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, durian segar mempunyai jangka hayat yang pendek dan memerlukan penyimpanan serta penghantaran yang cermat. Oleh itu, durian beku muncul sebagai alternatif inovatif bagi mengekalkan kualiti buah ini sambil memperluaskan pasaran eksport. Artikel ini akan membincangkan aspek harga durian semasa, eksport, potensi besar pasaran durian beku, jenis-jenis durian beku, serta cabaran dan peluang yang berkaitan dengan industri ini.
Harga durian sering mengalami turun naik bergantung kepada musim, permintaan, dan penawaran di pasaran. Misalnya, harga Musang King, yang merupakan varieti paling premium, boleh mencecah antara RM60 hingga RM100 sekilogram ketika permintaan tinggi. Namun, pada musim puncak, harga boleh jatuh mendadak akibat lambakan bekalan. Faktor lain yang mempengaruhi harga termasuk kos buruh, baja, serta logistik penghantaran. Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga ini, durian beku menawarkan penyelesaian dengan membolehkan penyimpanan lebih lama dan pengawalan bekalan yang lebih sistematik.
Eksport durian Malaysia, terutamanya ke China, Hong Kong, dan Singapura, telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Durian beku membolehkan pengeksport menghantar buah dalam keadaan yang mengekalkan kesegaran dan rasa aslinya. Menurut Safari et al. (2021), teknologi pembekuan seperti pembekuan cecair nitrogen (-196°C) digunakan untuk mengekalkan tekstur dan aroma durian sebaik sahaja ia
dinyahbeku. Proses ini membantu Malaysia bersaing dengan Thailand, yang telah lama mendominasi pasaran durian global.
Permintaan durian beku semakin meningkat di pasaran antarabangsa, terutamanya di negara-negara yang mempunyai komuniti peminat durian yang besar seperti China, Korea Selatan, dan Jepun. Produk ini mempunyai kelebihan dari segi logistik kerana dapat disimpan lebih lama dan dipasarkan sepanjang tahun, tidak terikat dengan musim tuaian. Selain itu, durian beku juga membuka peluang kepada pengusaha makanan untuk menghasilkan produk hiliran seperti ais krim durian, kek durian, dan kopi durian yang dapat dipasarkan secara lebih meluas.
Terdapat beberapa bentuk durian beku di pasaran, antaranya:
Sebagai pencinta durian, adakah durian beku menjadi pilihan anda?
Disediakan oleh : MOHAMAD AMIRUL FAEZ SULAIMAN
Rujukan:
Date of Input: 10/03/2025 | Updated: 10/03/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550