| PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pusat Asasi Sains Pertanian telah ditubuhkan pada Jun 2005 dengan menawarkan Program Asasi Sains Pertanian. Program ini setara dengan matrikulasi dan asasi sains lain di Malaysia.

Pada awal pelaksanaan , program ini dijalankan dalam tempoh satu tahun setengah dan lepasan program ini layak untuk mengikuti program pengajian berasaskan agri-bio di UPM.

Walaubagaimanapun pada tahun 2011 program ini telah diluluskan pelaksanaan pengajian selama satu tahun (3 semester) dan semua lepasan Asasi layak untuk mengikuti semua program yang ditawarkan oleh UPM termasuk Doktor Perubatan.

Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian sentiasa memberi keutamaan kepada kelangsungan dan kebolehpasaran pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian.

Sehubungan itu, mulai tahun 2017 Program Asasi Sains Pertanian telah diluluskan untuk menjalankan pengajian selama satu tahun dengan jumlan dua semester.

Program ini juga telah mendapat kelulusan peringkat Universiti, swa akreditasi dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pelajar Asasi Sains Pertanian juga bakal menerima Bantuan Kewangan Asasi IPTA dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh BAHAGIAN BIASISWA KPTM.

 

Melangkah keluar daripada Pusat Asasi Sains Pertanian menandakan tamat sudah pengajian peringkat pra-universiti anda selama setahun. Peluang meneruskan pengajian peringkat ijazah di UPM sangat luas menanti anda.

Walaupun di peringkat ijazah, master mahupun PhD alumni ASPer sentiasa memberi komitmen dan prihatin dengan program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian.

Jalinan silaturahim dan semangat kekeluargaan selama setahun di Pusat Asasi Sains Pertanian UPM tiada nilainya. Ini lah yang mengukuhkan lagi ikatan dan jaringan kerjasama di antara Pusat Asasi Sains Pertanian dan Alumni ASPer.

Sejak tahun 2005 hingga 2017 jumlah alumni Asasi Sains Pertanian telah mencecah seramai 4894 orang.  

 Bagi Alumni/lepasan ASPer yang menyambung pengajian ke Luar Negara serta universiti -universiti lain, kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kalian sentiasa berjaya dalam apa jua yang diceburi.

 

 

 

  • Semua Pelajar Asasi Sains Pertanian UPM atau dikenali sebagai pelajar ASPer UPM akan menikmati kehidupan kampus yang sama seperti seperti pelajar-pelajar peringkat ijazah, Master dan lain-lain.
  • Semua pelajar ASPer juga tertakluk kepada undang- undang serta peraturan university di bawah AKta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Semua pelajar yang mendaftar sebagai pelajar Asasi Sains Pertanian perlu mematuhi semua peraturan yang dikeluarkan oleh pihak UPM dari semasa ke semasa.
  • Pelajar juga bebas menggunakan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak university seperti, Perpustakaan, Pusat Kesihatan Mahasiswa, Ruang Rekreasi dan Kemudahan Wifi. Walaubagaimanapun pelajar ASPer tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti kokurikulum berkredit university.
  • Mereka diberi kelonggaran untuk menjalankan pelbagai Aktiviti di bawah Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian yang dilantik pada setiap tahun. Melalui persatuan ini pelajar akan berpeluang menguruskan pelbagai aktiviti seperti akademik, komuniti dan keusahawanan.
  • Terkini mulai kemsukan sesi 2017/2018 sistem pengajian telah dikemaskini daripada 3 semester setahun kepada 2 semester setahun. Begitu juga dengan beberapa perubahan lain seperti jumlah jam kredit dan cuti.
  • Semua pelajar asasi sains pertanian akan melalui sistem akademik yang telah ditetapkan oleh universiti. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang gunakan adalah, kuliah(syarahan), interaktif (PutraBLAST), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), tutorial, amali, lawatan lapangan, tugasan dan projek.
  • Pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian akan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke program-program ijazah yang ditawarkan oleh UPM. Dengan PNGK yang baik 3.00 ke atas pelajar layak memohon program-program yang mereka minati, namun bagi beberapa program pelajar perlu mencapai PNGK Cemerlang untuk melayakan pelajar memohon seperti PM00 Doktor Perubatan dan PM01 Doktor Veterinar. Selain itu, terdapat juga beberapa program yang memerlukan pelajar lulus interview.

 

 

Pusat Asasi Sains Pertanian mempunyai pelbagai kategori staf terlatih dari kalangan pensyarah, pentadbir, pegawai eksekutif, pelaksana dan sokongan lain.

Pelbagai aktiviti dan tugas mampu dilaksanakan oleh kumpulan staf PASP termasuklah mengambil bahagian di peringkat universiti dan kebangsaan. Mereka sentiasa dedikasi dan bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dari semasa ke semasa demi merealisasikan konsep "Berilmu Berbakti".

 

Pusat Asasi Sains Pertanian UPM menawarkan satu program asasi sains yang dikenali sebagai Asasi Sains Pertanian dan merupakan program asasi sains setara dengan semua program asasi  di IPTA Universiti Awam lain.

Nama Asasi Sains Pertanian adalah mengambil sempena nama Universiti Pertanian Malaysia yang merupakan sejarah dan kenangan kepada Universiti Putra Malaysia. Walaupun sering mendapat kritikan tentang nama ini, namun ia tetap unggul dan sangat unik bagi kami dan semua pelajar asasi UPM.

Program asasi sains UPM terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM aliran sains dan menepati syarat kemasukan yang telah ditetapkan.

Syarat Umum:

Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya;

Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,

Gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta lulus mata pelajaran Sejarah.

Syarat Khas Program;

Gred B dalam lima (5) mata pelajaran berikut:

1) Biologi

2) Kimia

3) Fizik

4) Matematik

5) Matematik Tambahan

6) Sains Pertanian

 

Semua pelajar Asasi Sains Pertanian (ASPer) perlu mengikuti program selama setahun (2 semester) di UPM Kampus Serdang dengan jayanya sebelum menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Dengan pencapaian yang cemerlang pelajar layak memilih semua program yang ditawarkan oleh UPM. Laluan ke Ijazah sangat luas dan mudah untuk pelajar lepasan ASPer. Permohonan ke Ijazah akan dibuka pada semester kedua dan pelajar hanya melalui proses permohonan dalaman tanpa perlu bersaing dengan calon-calon lain di luar UPM. Peluang lebih cerah untuk lepasan ASPer untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di sebuah universiti penyelidikan.

Pelajar perlu berusaha sekuat mungkin untuk mencapai prestasi terbaik bagi melayakan pelajar untuk memohon apa-apa sahaja program pengajian yang ditawarkan di UPM.  Namun bagi beberapa program seperti Doktor Perubatan, Doktor Perubatan Veterinar, Reka Bentuk dan Seni Bina serta beberapa program lain, PNGK bukanlah satu-satunya keperluan. Pelajar perlu lulus interview sebelum layak untuk meneruskan pengajian ke program tersebut.

Seperti program Asasi Sains di IPTA lain pelajar ASPer UPM yang layak bakal menerima Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang ditawarkan oleh Kementerian pengajian tinggi. Para pelajar yang layak bakal menerima bantuan Yuran Pengajian, Yuran Penginapan dan Elaun Wang Saku serta Tambang Penerbangan (bagi calon sabah/sarawak/labuan sahaja). Antara syarat yang ditetapkan oleh pihakBiasiswa KPM.

Selain itu pelajar juga berpeluang memohon Biasiswa yang ditawarkan oleh WAZAN UPM serta agensi-agensi lain di Malaysia seperti Yayasan Negeri, Bank Rakyat, May Bank dan lain-lain.

Kami di Pusat Asasi Sains Sains Pertanian sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada para pelajar agar lepasan Asasi Sains Pertanian bukan sahaja cemerlang akademik malah menjadi modal insan yang bernilai kepada agama, bangsa dan negara.

 

Asasi Sains Pertanian Kemasukan September

SXDTKAT~