Tarikh: 24 Januari 2025
Tempat: Bilik Mesyuarat SBE, Aras 1, Blok C, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
Disediakan oleh: Pn. Munirah Kamal
Serdang, 24 Januari 2025 – Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) dengan kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program Jerayawara Pelajar ASPer20 ke Sekolah Perniagaan dan Ekonomi pada 24 Januari 2025 . Jerayawara ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pelbagai program pengajian Bacelor yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi seperti Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Bacelor Ekonomi dengan Kepujian, Bacelor Perakaunan (Kepujian) serta Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian.
Seramai 18 orang pelajar ASPer20 telah berjaya menyertai program ini yang bermula pada jam 3.00 hingga 5.00 petang. Program ini dimulakan dengan kata aluan daripada Prof. Madya Dr. Haslinda Hashim selaku Timbalan Dekan (Prasiswazah), Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Jerayawara ini juga turut menyediakan sesi pembentangan program Bacelor untuk menjelaskan syarat kemasukan, struktur kursus, serta peluang kerjaya selepas tamat pengajian oleh wakil jabatan. Di samping sesi pembentangan tersebut, para peserta juga diberikan peluang untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab serta melawat sekitar Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.
Gambar 1: Sesi pembentangan dan taklimat oleh Prof. Madya Dr. Saifuzzaman Ibrahim, Ketua Program Bacelor Ekonomi
Gambar 2: Barisan pelajar ASPer20 serta staf akademik Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
Harapan bagi program jerayawara ini adalah agar lebih ramai pelajar dapat memanfaatkan peluang yang disediakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Bacelor, seterusnya membuka jalan bagi mereka untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya profesional di masa depan. Program ini juga berharap dapat memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar mengenai potensi pengajian dan peluang yang tersedia untuk mereka dalam dunia pekerjaan.
Date of Input: 04/03/2025 | Updated: 04/03/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550