Pada 21 September 2024, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia julung kalinya telah menganjurkan Program Eksplorasi Hidupan Malam @ SISFEC yang bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong Selangor (HSAH). Program ini telah disertai oleh 12 keluarga yang merupakan staf UPM yang terdiri daripada 20 orang peserta dewasa dan 13 orang peserta kanak-kanak.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pengalaman langsung kepada para peserta mengenai hidupan malam yang terdapat di Hutan Simpan Air Hitam, Puchong, Selangor yang turut dikenali sebagai Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan biodiversiti dan pemeliharaan hutan dalam kalangan staf UPM dan keluarga mereka. Tambahan pula, program ini juga dapat memupuk minat terhadap subjek dan kajian sains dan alam semula jadi dalam kalangan anak-anak staf UPM seterusnya dapat menggalakkan interaksi positif antara staf UPM melalui aktiviti yang bersifat Pendidikan dan Rekreasi.
![]() |
![]() |
![]() |
Para peserta telah mula mendaftar seawal jam 5.30 petang dan berkumpul di Dewan BLOK A SISFEC. Aktiviti dimulakan dengan ucapan alu-aluan pembukaan dan taklimat ringkas dari Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia, juga merangkap Pengarah Program iaitu Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah. Seterusnya, para peserta juga diberi peluang untuk melihat secara langsung beberapa spesis haiwan yang terdapat di Hutan SISFEC yang telah disediakan oleh Fasilitator Program iaitu Encik Mohd Naeem Abdul Hafiz bin Mohd. Hafiz, Penolong Pemelihara Hutan Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM serta Saudari Vilashini A/P Ramesh dan Saudari Izzah Nadzirah Nor Azman yang juga merupakan pelajar siswazah di UPM
![]() |
|
Setelah selesai solat maghrib dan membuat persediaan diri, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi taklimat Keselamatan Pergerakan yang dikendalikan oleh Encik Mohd Naeem Abdul Hafiz bin Mohd. Hafiz. Beliau turut dibantu oleh renjer hutan SISFEC iaitu Puan Siti Zurina. Sebelum aktiviti eksplorasi dimulakan, para peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan yang berbeza yang dipantau sepenuhnya oleh beberapa orang Urusetia Program.
![]() |
![]() |
Sepanjang aktiviti ini berjalan, para peserta telah diberi keterangan dan mengenal pasti serta mempelajari haiwan-haiwan malam yang terdapat di sepanjang lokasi yang mereka lalui,
![]() |
![]() |
“Sepanjang program ini berlangsung, para peserta dapat menimba ilmu pengetahuan terutama sekali kepada anak-anak dari staf UPM berkaitan dengan pelbagai hidupan malam yang terdapat di Hutan SISFEC ini, secara tidak langsung pendidikan alam semula jadi dan kesedaran kepentingan memelihara alam semulajadi di Hutan SISFEC ini dapat diterapkan dalam kalangan warga UPM juga keluarga.” kata Prof. Madya Dr Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah.
![]() |
![]() |
Setelah meredah hutan dan sungai lebih kurang 1 kilometer jauhnya, para peserta telah berkumpul semula di Dewan A untuk sesi perkongsian pengalaman dan perbincangan mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta diteruskan dengan sesi penutupan dan bersurai.
Diharapkan dengan penganjuran program sebegini dapat kita menghargai penggunaan hutan sebagai sumber alam secara lestari tanpa menjejaskan ekosistem dan dapat menyumbang kepada usaha pemeliharaan dengan meningkatkan kesedaran awam mengenai pentingnya memelihara kawasan hutan simpan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Untuk maklumat dan info lebih lanjut sepanjang program ini, boleh layari laman sosial rasmi ASPutra untuk video dan bahan media yang lain di pautan berikut.
VIDEO 1 : https://www.instagram.com/reel/DAM6Gz4JVcC/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
VIDEO 2 :
https://www.instagram.com/reel/DAQbHe8pIc0/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
GAMBAR-GAMBAR CLOSE SHOT OLEH DR. EZAD HAFIDZ
https://photos.app.goo.gl/BfyBbbBHknzssBrG7
Disediakan oleh :
Muhammad Khairul Jauhari bin Othman (JK Multimedia, Gambar, Video dan Berita)
Disemak oleh :
Tuan Muhammad Syafiq bin Tuan Hassan (Timbalan Pengerusi Program)
Pengarah Program:
Prof. Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah
BAHAN - BAHAN MEDIA
https://drive.google.com/drive/folders/1hkhWNKunPMtlVIotFgv0QfbbVodcCvCT?usp=sharing
Bahan Media dari KJ
https://photos.app.goo.gl/zWXq32hpD66YsshcA
Bahan Media dari Dr. Ezad
https://photos.app.goo.gl/BfyBbbBHknzssBrG7
Bahan Media dari Dr. Ezad (Gambar Spesies)
Date of Input: 08/10/2024 | Updated: 08/10/2024 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550