Seminar On Mathematical Sciences (SOMS2019) | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Seminar on Mathematical Sciences (SOMS2019)

Seminar on Mathematical Sciences (SOMS2019)

25 September, 2019, Rabu – Bidang Matematik, Pusat Asasi Sains Pertanian dengan kerjasama Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM telah mengadakan seminar matematik yang bertajuk “Seminar on Mathematical Sciences” (SOMS2019). Seminar yang diadakan di Bilik Seminar Asasi 1, UPM ini bertujuan menghimpunkan dan mengadakan perbincangan penyelidikan dalam kalangan ahli akademik, saintis dan penyelidik yang terlibat di dalam penyelidikan Sains Matematik selain daripada membentangkan kajian masing-masing. Seramai 35 penyelidik telah menghadiri seminar ini dan 16 daripadanya telah pun membentangkan hasil penyelidikan mereka. Para peserta terdiri daripada penyelidik dari berbagai bangsa, latar belakang penyelidikan dan universiti di Malaysia. Para penyelidik yang hadir juga berpeluang untuk mendapatkan perkongsian penyelidikan daripada Y. Bhg. Profesor Dr. Zanariah Abd Majid yang menjadi tetamu Keynote Speaker pada seminar itu. Diharapkan seminar ini dapat memainkan peranan sebagai platform dalam menerajui kelestarian industri yang memerlukan penguasaan bidang Sains khususnya bidang Matematik.

 

Tarikh Input: 22/10/2019 | Kemaskini: 27/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXFBCAw~