Aktiviti EKSA | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» Aktiviti EKSA

Aktiviti EKSA

 
  • PERTANDINGAN PROJEK KHAS EKSA 2023

    Pertandingan Projek EKSA 2023 buat julung kalinya diperkenalkan untuk memupuk semangat pembudayaan EKSA di ASPutra. Projek khas yang layak dipertandingkan adalah seperti membuat mural/doodles, projek kitar semula, laman hijau ataupun sistem yang boleh membantu meningkatkan mutu kerja di ASPutra.

    Tiga (3) penyertaan daripada 3 zon telah didaftarkan untuk memasuki pertandingan projek khas EKSA di mana setiap zon telah bertungkus-lumus menyiapkan projek khas masing-masing mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

    Penilaian projek telah dijalankan pada 30 Ogos 2023 (Rabu) oleh auditor EKSA ASPutra yang terdiri daripada Puan Hasniah Hamid, Dr. Nur Hana Faujan dan Cik Erra Noorfazira Bandong.

    Pemenang pertama projek khas EKSA telah dimenangi oleh Zon Pejabat Am (kini dikenali sebagai Zon Pentadbiran) dengan tajuk projek Peti Surat Comel, diikuti tempat kedua oleh Zon Makmal dengan tajuk projek Pikir Dulu Sebelum Buang dan tempat ketiga oleh Zon Bilik Staf dengan tajuk projek Make - Do Pigeon Hole.  Semua pemenang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00 tempat pertama, RM200.00 tempat kedua dan RM100.00 tempat ketiga berserta sijil.

    Projek khas EKSA yang dihasilkan telah memupuk inovasi di kalangan staf ASPutra dengan menggunakan barang terbuang yang dikitar semula. Kreativiti yang dihasilkan memberi inspirasi kepada warga ASPutra seluruhnya untuk menghasilkan lebih banyak inovasi sekaligus memberi nilai tambah dalam pengurusan laman hijau. Syabas diucapkan kepada semua!!

     

    Zon Pejabat Am (kini dikenali sebagai Zon Pentadbiran)

     

Zon Makmal                                                                                                              Zon Bilik Staf

 

 Pemenang 

Tempat Pertama - Zon Pentadbiran

   

 

 

  • LAWATAN PENANDA ARAS WAKIL AJK EKSA PASP KE IBS
 

Pada Jumaat, 21 Julai 2023 yang lalu pihak Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar 10 orang wakil AJK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang di pengerusi oleh Tn. Haji Mat Razi Abdullah, Pn. Shaerin Azlin Ab Rahman selaku penyelaras EKSA dan bersama beberapa staf PASP yang terdiri dari staf pejabat am, staf unit makmal serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Biosains (IBS) UPM. Lawatan selama dua jam yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan di sambut oleh Puan Farah Deena Zainol yang merupakan Penyelaras EKSA di IBS.

IBS dipilih menjadi penanda aras kerana telah menjadi salah satu Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang diiktiraf oleh UPM bagi amalan EKSA yang cemerlang. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan idea dan gambaran yang lebih luas serta memberi dorongan positif kepada wakil EKSA PASP bagi meneruskan amalan EKSA di PASP.

Pengamalan EKSA dilaksanakan bagi menambahbaik peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dengan persekitaran tempat kerja yang kondusif. Amalan ini akan menjadikan perlaksanaan tugas menjadi lebih cekap dan berkesan sambil mewujudkan budaya kerja urus tadbir dan membina budaya kerjasama yang cemerlang.

   
   
 
 
  • Program ASPer Ceria 1/2023
 

Program ASPer Ceria : Persediaan Semester 2 2022/2023 telah diadakan pada 13 Januari 2023 (Jumaat) jam 3:00 petang bertempat di Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP), UPM Serdang sebagai persediaan warga pusat menerima kemasukan pelajar ke semester baharu bermula pada 16 Januari 2023.

   

Aktiviti ini melibatkan semua warga PASP sebagai salah satu daripada aktiviti EKSA pada tahun 2023. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mat Razi Abdullah dan staf telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Antara pengisian program adalah menceriakan persekitaran pusat melalui aktiviti gotong-royong pembersihan serta memeriksa dewan/bilik kuliah untuk dipastikan berada dalam keadaan baik dan kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan bermula pada minggu seterusnya.

   

Audit Kendiri EKSA 2024

18 Jan 2024, telah berlangsung Audit Kendiri ASPutra mulai jam 9pagi hingga 1.00petang. Sesi audit telah dilaksanakan oleh 2 orang juru audit iaitu ;Pn. Maznur Nazila Moin dan Pn. Sabariah Nik.

Bermula dengan pembukaan audit oleh Tn. Hj. Mat Razi Abdullah pada jam 9pagi dan diteruskan dengan sesi audit mengikut lokasi Zon EKSA serta persekitaran ASPutra. Bagi memudahkan sesi pengauditan pihak ASPutra telah menugaskan dua orang pengiring iaitu Pn. Nazariah Abdullah (Setiausaha EKSA ASPutra) dan Pn. Noorliana Sulaiman (Ketua Zon EKSA Makmal).

Hasil audit kali ini mendapati beberapa kelebihan dan kekuatan yang perlu diberi perhatian oleh semua staf ASPutra. Antaranya adalah komitmen, aktiviti , kreativiti dan kebersihan serta keseragaman. Namun beberapa kriteria juga perlu ditambah baik seperti di lokasi-lokasi khas perlu diseragam kan dari segi label, kawalan dan kaedah operasi bagi memudahkan pengganti apabila PYB lokasi bercuti atau tiada.

Tahniah diucapkan kepada semua staf ASPutra di atas komitmen yang sangat baik ke arah pelaksanaan pembudayaan EKSA. Terima kasih juga diucapkan kepada juru audit bertugas yang telah bertungkus lumus mengaudit ASPutra.  

Disediakan oleh: 
Hasniah Hamid
Ketua JK Audit EKSA
ASPutra

   
   
   
   
   
   

Updated:: 31/01/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXFLDAK~