Petaling Jaya 23 Februari 2025 (Ahad), ASPutra telah hadir dan turut serta menjayakan Program Santuni Madani @ Kampung Tunku bertempat di Masjid Kampung Tunku. Seramai 4 orang kakitangan ASPutra telah terlibat sebagai duta promosi akademik bagi program anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) pada kali ini.
Dengan tema “Satu Pemimpin Satu Kampung” program ini direncana dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat kepada komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ; sesi pemindahan ilmu oleh UCTC, Pameran Promosi Program Pengajian UPM oleh ASPutra dan Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik, Jualan Hasil UPM oleh Pusat Pertanian Putra, Pemindahan Ilmu serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.
Program ini telah berlangsung dengan meriah dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, Naib Canselor UPM. Semoga dengan program seperti ini akan meningkatkan lagi jalinan kerjasama di antara pihak UPM dengan komuniti sekitar.
Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah, Naib Canselor UPM berkunjung ke booth pameran ASPutra dan Bahagian Kemasukan dan Urus Tadbir Akademik.
Sekitar Lokasi Pameran ASPutra
Sekitar Majlis Perasmian Program Santuni Madani @ Kampung Tunku
Disediakan Oleh
Hasniah Hamid
AJK Promosi ASPutra
Date of Input: 26/02/2025 | Updated: 26/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550