Bengkel Kendiri Bagi Eksperimen Maya ASP0505 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Bengkel Kendiri bagi Eksperimen Maya ASP0505

Bengkel Kendiri bagi Eksperimen Maya ASP0505

Unit fizik Pusat Asasi Sains Pertanian (ASper) telah menganjurkan sebuah bengkel  “Hands-on Workshops for Virtual Experiment ASP0505” yang telah berlangsung pada 29 Januari dan 5 Februari 2021. Bengkel yang telah disertai oleh 12 orang tenaga pengajar fizik ini telah dikendalikan oleh Encik Umair bin Abdul Halim selaku penyelaras makmal fizik untuk tahun 2021 secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada tenaga pengajar fizik mengenai pelaksanaan eksperimen fizik secara atas talian. Sehubungan itu, beberapa laman web simulasi eksperimen yang bersesuaian dengan silibus semester ini telah dipilih untuk dilaksanakan dengan jayanya. Langkah ini diharap dapat memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar untuk menjalankan eksperimen di samping meningkatkan kefahaman pelajar mengenai subjek yang telah diajar.

 

Tarikh Input: 23/02/2021 | Kemaskini: 24/02/2021 | emma

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEdCAx~