Dari Makmal Ke Pengkomersialan Produk | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Dari Makmal ke Pengkomersialan Produk

Dari Makmal ke Pengkomersialan Produk

Dari Makmal ke Pengkomersialan Produk

Julai, 2022, Serdang: Kajian dan penyelidikan saintifik selama 15 tahun oleh penyelidik Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM, ChM. Dr. Siti Efliza Ashari dan pasukannya berjaya menghasilkan serum yang berasaskan bahan organik dengan menggunakan sistem nanoemulsi bagi mengatasi kesan peningkatan melanin (Hyperpigmentasi) dan mampu memudarkan jeragat sekiranya dipakai secara konsisten.

Serum ini menggunakan OLeate sebagai bahan utama yang bertindak dengan berkesan sebagai anti radang, anti mikrob dan antioksidan. OLeate telah dipatenkan dan mendapat notifikasi daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan SIRIM (bebas dari bahan toksik). Selain itu juga, baru-baru ini BioEsst OLeate telah memenangi pingat dan anugerah dalam dan luar negara antaranya mendapat Pingat Emas dalam Malaysia Technology Exhibition 2022 (MTE 2022) dan Top 20 Best Invention dalam International Invention innovation Competition in Canada (iCAN, Toronto, Canada) 2021. Seramai tiga pelajar pasca-siswazah telah berjaya bergraduasi dengan cemerlang melalui projek ini dengan menerbitkan lebih daripada 10 jurnal berimpak tinggi dari Quartile 1 sehingga Quartile 4. Penyelidik mengharapkan melalui kejayaan dalam projek ini dapat memberi faedah kepada pengguna khasnya yang mementingkan keselamatan dan keberkesanan produk projek penyelidikan ini.

Keratan akhbar dari Berita Harian, 28.02.2022

Keratan akhbar dari Harian Metro, 02.03.2022

 

Tarikh Input: 12/07/2022 | Kemaskini: 12/07/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEcFAT~