FENOMENA AYAM SULTAN: AYAM PUTIH BERJARI LIMA | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » FENOMENA AYAM SULTAN: AYAM PUTIH BERJARI LIMA

FENOMENA AYAM SULTAN: AYAM PUTIH BERJARI LIMA

Amizatul Najeha Lukmanulhakim,

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,

Bidang Pertanian, Pusat Asasi  Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Emel: amizatulnajeha@upm.edu.my

Dewasa kini, dunia pertanian semakin digembar-gemburkan dengan fenomena ayam  Sultan yang semakin banyak dibiakkan untuk dijadikan haiwan perliharaan di rumah  masyarakat Malaysia. Apakah itu ayam Sultan? Mengapa ia begitu popular? Isu ini akan  dikupas satu persatu di dalam artikel ini.

Gambar 1.0: Ayam Sultan

Ayam Sultan merupakan sejenis baka ayam yang berasal dari negara Turki. Tergolong  dalam kumpulan ayam yang memiliki balung berjambul besar. Nama ayam ini berasal  daripada bahasa Turki adalah Serai-Tavuk, Serai-Täook yang membawa maksud "ayam

milik istana Sultan". Ayam Sultan pada kebiasaannya banyak dibiakkan semata bagi  tujuan sebagai perhiasan. 

Gambar 3.0: Ayam Sultan jantan (kiri) dan betina (kanan)

Sungguhpun begitu, baka ayam Sultan hampir mengalami kepupusan akibat  pembiakbakaan silang dengan baka lain seperti baka Silkie, Ancona dan Orpington menyebabkan hilangnya sifat fizikal utama ayam Sultan iaitu pelepah yang berwarna  putih keseluruhannya. Ia dibiakkan dengan pelbagai baka lain sehingga ia menghasilkan  ayam Sultan hitam, ayam Sultan biru dan pelbagai lagi. Perkara ini menjadi ancaman  kepada baka asal yang berwarna putih.

Serai-Täook banyak dibela dan diternak di persekitaran taman-taman istana sejak zaman kesultanan Uthmaniyyah di kurun ke-13.

Gambar 2.0: Serai-Tavuk, Serai-Täook

Serai-Täook dapat dikenalpasti dengan keberadaan rupa luarannya atau sifat fizikal yang  berwarna putih secara keseluruhan dari balung, kaki hingga ke ekornya. Ini termasuk  jambulnya yang besar dan kembang, lubang hidung yang besar dan juga mempunyai  balung berbentuk-V yang tertutup dek bulu pelepahnya yang tebal di bahagian kepala. Ia  juga mempunya lima jari kaki, berbeza dari baka ayam biasa yang pada kebiasaanya  hanya mempunyai tiga jari kaki.

Sewaktu zaman kesultanan Uthmaniyyah, Serai-Täook dikira sebagai simbol kekayaan dan hanya dimiliki oleh golongan berada. Ini berikutan golongan kebanyakkan pada masa  tersebut hanya menternak ayam untuk dimakan sahaja berbanding untuk perhiasan.  Namun begitu, dimasa kini Serai-Täook atau dipanggil Ayam Sultan turut diternak oleh  masyarakat biasa samada di bandar mahupun diluar bandar.

Warnanya yang cantik dan rupanya yang menarik sentiasa menjadikan ia perhatian  diantara baka-baka ayam yang lain. Namun begitu, warnanya yang terlalu terang boleh  menyebabkan ia menjadi tarikan utama kepada pemangsa kerana ia mudah dilihat  daripada jarak yang jauh. 

Gambar 4.0: Hasil baka ayam Sultan yang dibiak silang dengan baka lain.

Namun begitu, masyarakat zaman kini sudah semakin mempunyai kesedaran mengenai kepentingan ilmu pembiakbakaan yang betul, dan kembali membiakkan haiwan  mengikut spesifikasi yang tidak membawa kepada risiko kepupusan sesetengah baka.

Secara kesimpulannya, ayam Sultan merupakan sejenis baka ayam yang sangat indah  untuk dilihat dan elok jua untuk dipelihara sebagai haiwan kesayangan di rumah selagi  anda dapat memberikan penjagaan terbaik yang baka ini perlukan.

Tarikh: 12 September 2023

Rujukan:

  1. Ozdemir, K. E. D. (2019, December). History and Specific Characteristics of Sultan Fowl. In CONGRESS BOOK (p. 29). Cumhuriyet University.
  2. Özdemir, D. (2019, December). Hobby and Ornamental Chicken Breeding in Turkey. In. In 1st International Congress of Alternative Poultry and Ornamental Birds (p. 15).
  3. Muhammet, K. A. Y. A., & YILDIZ, M. A. (2014). Chicken domestication and indigenous chicken breeds of Turkey. Journal of Poultry Research, 11(2), 21-28.

 

Tarikh Input: 14/09/2023 | Kemaskini: 14/09/2023 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEcWA4~