PERKONGSIAN ILMU MELALUI PROGRAM “ASPERCHEMART 2.0” | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » PERKONGSIAN ILMU MELALUI PROGRAM “ASPERCHEMART 2.0”

PERKONGSIAN ILMU MELALUI PROGRAM “ASPERCHEMART 2.0”

8 Jun 2023 (Khamis): Satu program perkongsian ilmu bertemakan “ASPERChemART 2.0” telah diadakan di Rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung yang menyasarkan golongan  warga Pengasih yang berusia dalam lingkungan 19-30 tahun. Program ini dianjurkan oleh Bidang Kimia, Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM dibawah projek KTGS 2023 yang di ketuai oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Efliza Ashari. Program ini juga adalah kolaborasi bersama Fakulti Pengajian Pendidikan bagi mengisi slot santai yang telah disampaikan oleh Dr. Engku Mardiah Engku Kamarudin daripada Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling Penyalahgunaan dadah, bagi menyampaikan sesi motivasi tentang pengenalan, kesedaran dan pencegahan dadah kepada warga Pengasih dalam mengharungi hidup selepas tamatnya sesi pemulihan di Rumah Teduhan Kasih. Selain itu, pameran poster dan aktiviti “hands-on” pemindahan ilmu kimia khasnya dalam kaedah pembuatan sabun berasaskan bahan semulajadi telah dikongsikan kepada warga belia Pengasih yang mana ia memberi manfaat kepada kesihatan penjagaan kulit. Melalui program ini, pihak penganjur berharap warga belia dapat menimba ilmu pengetahuan berkenaan bahan kimia terlarang sekaligus dapat memberikan manfaat kepada golongan belia Pengasih selari dengan matlamat Pengasih iaitu melahirkan insan yang berkualiti dan bermotivasi tinggi. Pihak penganjur berterima kasih kepada pihak penaja, MYC Sdn. Bhd., penceramah, warga belia dan pihak pengurusan Pengasih dan staf PASP serta ahli jawatankuasa yang terlibat iaitu Dr. Nur Hana Faujan, Dr. Adila Mohamaad Jaafar, Dr. Shah Christirani Azhar, Dr. Intan Diana Mat Azmi, Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, Encik Mohamad Najib Ab Aziz, Puan Nur Syafiqah Idris, Puan Noor Hidayu Aris dan Cik Mimi Nazirah Noor Azlan dalam menjayakan program tersebut.

Ucapan pembukaan disampaikan oleh Pengarah Program, Prof. Madya ChM. Dr. Siti Efliza Ashari

 

Ceramah tentang pengenalan, kesedaran dan pencegahan disampaikan oleh Dr. Engku Mardhiah Engku Kamarudin

Encik Zainurin Shah Yusoff, Pengurus Rumah Teduhan Kasih memberikan cenderamata kepada Dr. Engku Mardhiah Engku Kamarudin diiringi oleh Pengarah Program, Prof. Madya ChM. Dr. Efliza Ashari (Kiri) dan Timbalan Pengarah II, PASP, Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd. Salleh

 

Taklimat ringkas tentang aktiviti pembuatan sabun disampaikan oleh Timbalan Pengarah Program selaku ketua fasilitator, Dr. Norazlinaliza Salim

Ucapan penutup disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh, Timbalan Pengarah II, PASP

Prof. Madya Dr. Mohamad Amran memberikan cenderamata kepada Pengurus Rumah Teduhan Kasih, Encik Zainurin Shah Yusoff diiringi oleh Pengarah Program, Prof. Madya ChM. Dr. Efliza Ashari (Kiri) dan Ketua Bidang Kimia, PASP, Dr. Shah Christirani Azhar (Kanan)

  

Poster yang dipamerkan oleh pihak penganjur di Rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung

Pihak penganjur dan Prof. Madya Dr Mohamad Amran bergambar kenangan bersama Dr. Engku Mardhiah dan pihak pengurusan Rumah Teduhan Kasih, Bukit Beruntung.

 

Disediakan oleh Dr. Norazlinaliza Salim dan Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, PASP

 

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 21/07/2023 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEcCAc~