When Art Meets Biology 3.0: Photography Competition | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » When Art Meets Biology 3.0: Photography Competition

When Art Meets Biology 3.0: Photography Competition

When Art Meets Biology 3.0: Photography Competition

 

1 November 2022, Selasa – Bidang Biologi, Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) telah menganjurkan Program When Art Meets Biology 3.0: Photography Competition yang berlangsung dari 28 September sehingga 14 Oktober 2022. Antara matlamat program ini adalah untuk memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap hidupan semulajadi dan memantapkan kreativiti pelajar dengan menjana idea dalam fotografi berdeskriptif di samping memupuk pelajar untuk menghargai hidupan semulajadi.

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, program ini menjadi platform penyampaian ilmu luar bilik darjah yang mampu melahirkan individu dengan penghayatan nilai dengan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Selain itu, aspek kognitif, psikomotor dan afektif juga secara tidak langsung ditekankan melalui program ini. 

Penghantaran penyertaan secara dalam talian menggunakan platform Padlet.

 

Eared Moss. Gambar yang diambil oleh pemenang tempat pertama, Toh Chun Liang.

Branches of life. Gambar yang diambil oleh pemenang tempat kedua, Adib Fakhree bin Borhan.

Venation. Gambar yang diambil oleh pemenang tempat ketiga, Mohammad Arrazaq Zikry bin Mohd Azhar

Platform Padlet telah digunakan sebagai medium penghantaran penyertaan manakala Instagram telah digunakan sebagai media sosial utama untuk sebarang hebahan berkenaan dengan program ini. Bertemakan Pattern in Nature, pelajar dikehendaki untuk mengambil gambar flora atau fauna yang mempunyai corak yang menarik dan menyertakan penerangan berkaitan dengan hidupan tersebut. Antara kriteria yang dinilai adalah ekspresi tema, perkaitan huraian dan penjelasan, serta kreativiti dan kualiti teknikal. Pertandingan ini telah diadili oleh Encik Hashimi bin Ismail, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu dan Encik Adi Fadzli @ Izwan Che Rosele, Penolong Pegawai Sains Pusat Asasi Sains Pertanian yang juga merupakan seorang jurugambar professional.

 

Disediakan Oleh,

Erra Noorfazira binti Bandong

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXEbWAe~