LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2022) | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » AKTIVITI PERINGKAT ASASI UNIVERSITI AWAM » LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2022)

LAPORAN KESELURUHAN SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2022)

Sukan Asasi Malaysia 2022 yang diadakan pada 18-20 Mac 2021 telah berlangsung dengan jayanya. Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah atau penganjur bagi edisi kali ini yang disertai oleh 11 Pusat Asasi dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Memandangkan negara dilanda Covid -19 serta perlu mengikuti SOP yang ditetapkan, hanya e-sports sahaja yang dipertandingkan. E-sport tersebut ialah Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG), DOTA 2, E-Catur dan FIFA 22. Pusat Asasi Sains Pertanian telah menghantar 7 pasukan bagi menyertai 4 acara yang dipertandingkan iaitu 2 pasukan untuk MLBB, 2 pasukan untuk PUBG, 1 pasukan untuk Catur dan 2 pemain acara FIFA 22.

Pertandingan bagi sukan MLBB, sebanyak 21 kumpulan atau wakil dari Pusat Asasi dan Matrikulasi menyertai pertandingan ini. 2 wakil dari ASPer iaitu UPM Oyennn serta UPM Phoenix Reborn. Pada hari pertama pertandingan ini, 2 kumpulan tersebut dapat melangkah ke pusingan kalah mati atau suku akhir. Namun, pada pusingan tersebut mereka kalah dan gagal untuk ke peringkat separuh akhir

Pertandingan bagi sukan PUBG, ianya disertai oleh 26 kumpulan atau wakil dari Pusat Asasi dan Matrikulasi menyertai pertandingan ini. 2 wakil dari ASPer ialah UPM Zeta dan UPM Raptor Unity. Hanya satu kumpulan sahaja layak melangkah ke peringkat akhir berkumpulan di mana setelah keputusan diumumkan, UPM Zeta mendapat tempat ke 8 dari 16 pasukan yang berentap di peringkat akhir.

Bagi acara FIFA 22 pula, 2 orang wakil UPM memulakan langkah kanan dengan melayakan diri ke peringkat suku akhir. Mereka ialah Muhammad Rusydan Bin Zahariman dan Ikhwan Syahmi Bin Mohd Azahar. Namun langkah mereka terhenti dalam perlawanan ini di peringkat suku akhir.

Pasukan Catur UPM memberi sinar kegembiraan bagi kontingen UPM kali ini kerana telah menghadiahkan kejuaraan bagi acara E-Catur Berpasukan. Kemenangan ini melayakan mereka mengondol hadiah wang tunai sebanyak RM300, medal serta piala iringan.

 

Updated:: 29/01/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
WXFSCAv~