Apresiasi ASPer Hargai Kecemerlangan Warga Asasi | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » Apresiasi ASPer Hargai Kecemerlangan Warga Asasi

Apresiasi ASPer Hargai Kecemerlangan Warga Asasi

Serdang, 21 September 2018- Majlis Apresiasi ASPer dengan tema Semarak Cemerlang julung kali dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian. Majlis ini merupakan satu platform menzahirkan penghargaan kepada pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian yang memperoleh keputusan cemerlang dan penghargaan kepada staf Pusat Asasi Sains Pertanian UPM yang telah menunjukan prestasi kerja yang baik bagi tahun 2017.

Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof. Dr. Norihan Md. Arifin turut menyampaikan amanat-amanat menerusi ucapan perasmiannya agar pelajar meneruskan legasi kecemerlangan ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan pada majlis ini ianya merupakan satu bentuk penghargaan atas daya usaha pelajar yang gigih sepanjang mengikuti pengajian Program Asasi Sains Pertanian.

Semarak Cemerlang seiring dengan tema ini turut menawarkan beberapa anugerah kepada pelajar. Penerima anugerah bagi kategori ASPer Director's Award telah dirangkul oleh Reshna A/P Raman, Muhammad Raiyan bin Mat Rafi, Amir Zaquan bin Yazid, Erika Quraisha binti Shaiful Azli dan Joanne Lee Kar Yin. Anugerah khas ini dinilai berdasarkan kepada kecemerlangan dari pelbagai aspek sama ada akademik, sahsiah, diri, kepimpinan mahupun sumbangan sukarelawan kepada PASP.

Bagi Anugerah ASPer Sport Talent telah diterima oleh Muhammad Aidil Amin bin Rizaluddin. Penghargaan ini atas penglibatan beliau secara aktif dalam sukan ragbi sehingga mewakili Pusat Asasi Sains Pertanian ke Kejohanan Sukan Asasi Universiti Awam "The Asasi Games 2017".

Bagi Anugerah ASPer Great Wisdom telah diterima oleh Thinnesh a/l Arumugam dan Anugerah ASPer Great Leader dianugerahkan kepada Geethruida Sue Adzilla Anak Nelson. Penganugerahan bagi kategori ASPer Great Wisdom ini dinilai dari aspek kecemerlangan akademik sepanjang tempoh Asasi manakala bagi ASPer Great Leader dinilai dari keupayaan kepimpinan pelajar menerusi jawatan yang dipegang oleh pelajar.

 

 Selain itu, Anugerah ASPer Loyalty telah dianugerahkan kepada Muhamad Hafizal Hamidon iaitu Alumni ASper yang telah menamatkan pengajian peringkat Asasi serta ijazah (Bac. Kej. Aeroangkasa) dan sedang menyambung pengajian peringkat Master di UPM. Anugerah ini diberikan kepada beliau atas pencapaian dan komitmen dalam aktiviti Pusat Asasi Sains Pertanian dari dulu hingga sekarang. 

Staf Pusat Asasi Sains Pertanian tidak terkecuali menerusi penghargaan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2017 serta penyampaian pelbagai anugerah berdasarkan undian dan rekod staf. Majlis ini turut diserikan dengan tayangan video hasil kreatif pelajar ASPer 14 yang ditujukan khas kepada pelajar ASPer 13 bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang berada di Pusat Asasi Sains Pertanian serta slot cabutan bertuah.

Staf Pusat Asasi Sains Pertanian tidak terkecuali menerusi penghargaan perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2017 serta penyampaian pelbagai anugerah berdasarkan undian dan rekod staf. Majlis ini turut diserikan dengan tayangan video hasil kreatif pelajar ASPer 14 yang ditujukan khas kepada pelajar ASPer 13 bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang berada di Pusat Asasi Sains Pertanian serta slot cabutan bertuah.

Moga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu medan penghargaan kepada sumbangan pelajar dan staf sepanjang berada di Pusat Asasi Sains Pertanian.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dan tahniah juga kepada semua penerima anugerah.

Oleh:

Che Zailawati binti Abdul Ghani
Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM

Date of Input: 26/09/2018 | Updated: 26/09/2018 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466998
0389466997
C1542378194