Bengkel Pengajaran, Pembelajaran Berkesan Dan Inovasi Pengajaran | Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
» NEWS » Bengkel Pengajaran, Pembelajaran Berkesan dan Inovasi Pengajaran

Bengkel Pengajaran, Pembelajaran Berkesan dan Inovasi Pengajaran

21 November 2017, bertempat di Bilik Seminar PASP 1 telah berlangsung Bengkel Pengajaran, Pembelajaran Berkesan dan Inovasi Pengajaran dengan penyertaan seramai lebih 40 orang pensyarah Pusat Asasi Sains Pertanian. Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis bt Saad dari Jabatan Mikrobiologi Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dan staf akademik tentang teknik-teknik baru dalam pengajaran. Pengajaran alaf ini perlu lebih efektif serta memberi impak yang tinggi kepada pelajar selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pewaris generasi akan datang dalam Industri 4.0.

Pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa serta lebih bersifat interaktif agar dapat mendorong pelajar untuk lebih kreatif dalam membuat tugasan. Selain itu, media social juga disaran untuk menjadi salah satu medium interaksi antara pelajar dan pensyarah. Pelbagai bentuk forum, kuiz dan  perbincangan boleh dilaksanakan melalui medium tersebut. 

Beberapa portal juga turut didedahkan dan diberi latihan penggunaan kepada pensyarah dan staf akademik PASP. Antaranya adalah; Padlet (medium komunikasi), Tedteach (medium deliver material (note), Quizlet, Kahoot (online test).

 

Date of Input: 24/11/2017 | Updated: 24/11/2017 | hasniah

MEDIA SHARING

Centre of Foundation Studies for Agricultural Science
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389466998
0389466997
C1542399344