Jika dilihat, masyarat masakini semakin lama semakin menggemarkan elemen landskap bagi menghiasi kawasan persekitaran mereka. Ditambah pula dengan pendedahan mengenai laman/ landskap teraputik yang telah dilaksanakan di pelbagai kawasan. Namun begitu, apakah itu landskap? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat;
[lan.skap] | لنسکڤ
Definisi: 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri pemandangan alam.
Landskap merupakan sebuah elemen penting yang memberikan unsur yang menenangkan kepada jiwa seseorang. Seterusnya, apa pula landskap terapeutik? Taman terapeutik adalah sejenis taman yang direka dengan suasana landskap yang gembira, tenang, selesa dan damai berperanan merawat dan memulihkan emosi seseorang. Acap kali laman seperti ini dibina di kawasan tertentu seperti di hospital, klinik kanak-kanak, sekolah pendidikan khas dan resort-resort yang berfokuskan kedamaian jiwa.
Sumber: Taman Panchatatva di Hyderabad (Kredit gambar : IANS)
Beberapa tujuan laman terapeutik termasuk: Menggalakkan perkembangan kebolehan deria seperti bau atau sentuhan, mewujudkan tempat yang menarik untuk orang kurang Upaya yang mungkin gemar bekerja dan bersosial dan mendapatkan tempat untuk berehat, selesa. Ia juga membantu seseorang berasa selamat serta selesa di laman terapeutik tersebut.
Sumber: Ihsan (Garden-terracotta, 2018)
Terdapat beberapa elemen utama yang diterapkan di dalam landskap terapeutik iaitu: sentuhan, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran. Kesemua elemen yang diterapkan ini memberikan kesan yang berbeza. Idea taman ini ialah memastikan tumbuhan, landskap kejur dan ciri taman yang lain dipilih membawa daya tarikannya kepada semua lima deria dengan tujuan menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh dan mungkin lebih terapeutik kepada pelbagai orang yang mempunyai keperluan yang berbeza.
Berikut adalah beberapa idea yang boleh diaplikan di laman terapeutik;
Kesimpulannya, sesebuah laman atau landskap terapeutik yang dibina dengan baik dapat membantu mengurangkan tekanan, menggalakkan kesejahteraan dan melegakan emosi serta jiwa penggunanya.
Penulis: Amizatul Najeha Lukmanulhakim, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Bidang Pertanian, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia.
Rujukan:
Harian Metro, “Rangsang Lima Deria”, 23 Februari 2014.
Marcus, C. C & Barnes, M. (1999), Healing Garden:Therapeutic Benefit and Design Recommendations, New York: John Wiley & Sons
Thaneshwari, T., Poonam Kumari, P. K., Rishu Sharma, R. S., & Sahare, H. A. (2018). Therapeutic gardens in healthcare: A review.
Mohd Khalid, I. K. (2014). “Healing Garden” sebagai asas mereka bentuk landskap masa kini. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 2, 69-83.
Gardens for well-being: the therapeutic or healing garden. (2018, May 22).
Lukmanulhakim, A. N., & Hussain, M. A. (2022). Kajian Terhadap Kepentingan Landskap Budaya Melayu di Kampung Bukit Pegoh, Melaka. Jurnal Peradaban Melayu, 17(1), 1-7.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005
Tarikh Input: 22/10/2024 | Kemaskini: 25/02/2025 | hasniah
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550