WARNA LABEL RACUN PEROSAK: PENUNJUK TAHAP KEBAHAYAAN | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » WARNA LABEL RACUN PEROSAK: PENUNJUK TAHAP KEBAHAYAAN

WARNA LABEL RACUN PEROSAK: PENUNJUK TAHAP KEBAHAYAAN

ARTIKEL PENULISAN KEPAKARAN UPM

WARNA LABEL RACUN PEROSAK: PENUNJUK TAHAP KEBAHAYAAN

Amizatul Najeha Lukmanulhakim, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Bidang Pertanian, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Emel: amizatulnajeha@upm.edu.my

 

Racun serangga ataupun racun perosak digunakan secara meluas di seantero dunia, bagi membasmi sebarang permasalahan perosak di kawasan penanaman dan tempat tinggal. Namun begitu, berapa fasihkan ilmu para pengguna mengenai warna-warna label racun dan kesannya kepada pengguna? Tajuk ini akan dikupas satu persatu bagi memberikan penjelasan yang lebih mudah difahami oleh masyarakat dan para pengguna.

 

Rajah 1.0: Sampel racun serangga kelas IV (Kelas 4).

 

Merujuk kepada tafsiran Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149] ‘Label Racun Makhluk Perosak’ (Unit Pelabelan Produk, Seksyen Pendaftaran Dan Pematuhan, Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja (BKRPB), Jabatan Pertanian Malaysia, 2023) ialah apa-apa benda bertulis, bercetak atau bergrafik iaitu yang dipasang, dilekatkan atau dicetak timbul, sama ada secara langsung atau selainnya, pada bungkusan suatu racun makhluk perosak; atau yang menyertai suatu racun makhluk perosak (RMP).

Jadi bagaimana racun-racun ini dikelaskan dan apakah pengkelasan nya?

Di Malaysia terutamanya, setiap label yang diletakkan di botol racun perosak mestilah diletakkan pita warna berdasarkan pada kelas yang diperuntukkan oleh LRMP termasuk kata hemat (keselamatan penggunaan), pernyataan dan simbol-simbol amaran yang dihubungkaitkan dengan kumpulan kelas serta sifat-sifat bahan berkenaan.

Seperti yang dapat dilihat di Rajah 2.0, racun dibahagikan mengikut pengkelasan warna label di botol dan kelas. Bagi racun berkelasifikasi tinggi seperti dua kelas teratas iaitu kelas 1a dan 1b, ia tidak disarankan penggunaannya secara terbuka dan berterusan kerana sifat kimianya yang berbahaya bukan setakat kepada serangga perosak begitu jua buat manusia.

Bagi racun kelas IV yang mempunyai jalur putih atau tiada warna, ia lebih selamat digunakan bukan sehaja di ladang, tetapi juga di dalam persekitaran kehidupan manusia seperti penggunaan semburan aerosol serangga di rumah. Namun begitu, penggunaannya mestilah dibuat dengan berwaspada terutamanya bagi kanak-kanak.

Beberapa jenis racun serangga kelas tinggi seperti Furadan (Carbofuran) dan Chlorpyrifos yang telah diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Pertanian seluruh negara sejak 1 Mei 2023. (Unit Pelabelan Produk, Seksyen Pendaftaran Dan Pematuhan, Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja (BKRPB), Jabatan Pertanian Malaysia, 2023)

    

Rajah 3.0: Pengharaman penggunaan racun Carbofuran dan Chlorpyrifos di Malaysia.

Jabatan Pertanian Negeri Melaka (2022)

 

Jelasnya penggunaan racun serangga hendaklah dilakukan dengan berwaspada terutamanya bagi racun yang berkelas lebih tinggi iaitu kelas II, Ib dan Ia. Para petani ataupun pengguna amat disarankan untuk menggunakan sarung tangan, topeng gas atau baju hazmat (PPE / baju pelindung) semasa mengendalikan racun berkelas tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Kesimpulannya, para pengguna hendaklah mengetahui dengan jelas keperluan, kaedah pengendalian yang betul dan jenis racun serangga yang sesuai digunakan sebelum mengendalikannya.

Rujukan:

  1. Tanimola, A. A., & Godwin-Egein, M. I. (2009). Assessing the efficacy of carbofuran (Furadan) as a standard nematicide for protecting crops in the field. Environment and Ecology, 27(4A), 1681-1684.
  2. Salim, H., Rawi, C. S. M., Ahmad, A. H., & Al-Shami, S. A. (2015). Efficacy of pesticides and biopesticides ground sprays to control Metisa plana Walker (Lepidoptera: Psychidae) in oil palm plantations, Malaysia. Tropical life sciences research, 26(2), 73.
  3. Unit Pelabelan Produk, Seksyen Pendaftaran Dan Pematuhan, Bahagian Kawalan Racun Perosak Dan Baja (BKRPB), Jabatan Pertanian Malaysia. (2023). GARIS PANDUAN PELABELAN PRODUK RACUN MAKHLUK PEROSAK (PINDAAN 2023). Jabatan Pertanian Malaysia. Retrieved from https://www.doa.gov.my/doa/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/maklumat_racun_perosak/pendaftaran_rmp/garis_panduan_pelabelan_produk_rmp_pindaan2023.pdf
  4. Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia. (2024). RACUN MAKHLUK PEROSAK BERDAFTAR. Retrieved from http://www.portal.doa.gov .my/ racunberdaftar/

 

 

 

 

Tarikh Input: 06/06/2024 | Kemaskini: 06/06/2024 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:22:16:49~noCache