LAPORAN PROGRAM APPLE’S DAY
Tarikh 15 Februari 2024
Tempat Dataran Asasi 1
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia
Anjuran
Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia Dengan Kerjasama
Pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia
Apple’s Day adalah hari untuk menzahirkan penghargaan dengan menghadiahkan set hadiah yang mengandungi buah epal kepada para pensyarah dan pihak staf Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia yang berbakti tanpa penat lelah demi mendidik peneraju masa hadapan Malaysia sepanjang sesi 2023/2024. Buah epal dipilih sebagai simbolik apresiasi kerana warnanya yang merah dan menarik malah bentuk buahnya yang seakan-akan menyerupai hati. Sepanjang hari ini berlangsung, pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia boleh menghadiahkan set hadiah buah epal yang telah ditempah daripada Persatuan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia kepada mana-mana pensyarah atau staf sebagai tanda penghargaan.
Program ini bertujuan untuk:
Nama : Program Apple’s Day
Anjuran : Persatuan Pelajar Asasi Sains Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pengurusan Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia
Hari dan Tarikh : 14 Februari 2024, Khamis
Masa : 1.00- 2:00 PM
Tempat : Dataran Asasi 1, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia
Jumlah Ahli Jawatankuasa: 24 ahli
Program Apple’s Day dilaksanakan 15 Februari 2024, Khamis, dari jam 1.00 p.m. hingga 2.00 p.m. di Dataran Asasi 1, Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia. Program ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Pelajar Asasi Sains Pertanian (HICOM) dengan kerjasama ahli jawatankuasa Apple’s Day dari kalangan pelajar ASPer. Program ini mendapat sambutan dengan kehadiran lebih kurang 300+ orang pelajar dan staf. Pada pukul 12.00 p.m., Ahli Jawatankuasa (AJK) Dekorasi menghias Dataran Asasi 1 sementara AJK Teknikal menyediakan sistem PA. Program bermula dengan permainan “Guess the Lecturer” untuk meningkatkan keterlibatan para pelajar. Seterusnya, gimik pelancaran dilaksanakan selepas sesi ucapan dari Pengarah Pusat ASPutra dan Pengerusi Majlis Tertinggi Pelajar ASPer. Gimik pelancaran diikuti oleh sesi penyampaian hadiah dan sesi persembahan nyanyian lagu yang bertemakan menghargai para guru. Majlis sambutan diakhiri dengan sesi bergambar bersama para pengajar, staf dan para pelajar yang hadir di majlis sambutan tersebut.
BIL |
ISU |
CADANGAN PENAMBAIKAN |
1.0 |
Kurang penglibatan penasihat-penasihat program dari peringkat pencetusan idea |
Melibatkan penasihat-penasihat program secara aktif dari peringkat pencetusan idea |
2.0 |
Tidak mendapat sambutan yang meriah dari para pelajar |
Mengukuhkan hubungan antara HICOM dan warga ASPutra |
3.0 |
Pengajar berpendapat bahawa mereka tidak diberi keutamaan dan penghargaan yang mencukupi |
Mengenal pasti objektif dan golongan utama yang perlu diberi keutamaan dalam sesuatu program |
4.0 |
Pengajar tidak mempunyai tempat yang cukup untuk duduk di Dataran Asasi 1 |
Menyediakan kerusi tambahan yang mencukupi untuk jumlah para pelajar di ASPutra |
5.0 |
Hadiah set epal tidak diedarkan kepada para staf pada hari yang sama |
Pengedaran epal patut dijadualkan agar semua warga ASPutra mendapat epal pada hari sambutan |
6.0 |
Para Usher dan penyanyi tidak dapat menggambarkan flow majlis dan oleh itu majlis tidak berjalan dengan lancar |
Perlu adakan raptai majlis agar setiap ahli jawatankuasa yang terlibat lebih jelas tentang perjalanan majlis dan protokol pentas dan lantai |
7.0 |
Barang yang tidak mencukupi untuk dekorasi |
Membuat pelan dekorasi dan mendapatkan gambaran lokasi sebaiknya sebelum hari kejadian |
8.0 |
Terlebih beli bungkusan kotak hadiah epal |
Membuat perancangan pembelian barang yang nyata, serta tidak salah menjangka kos |
9.0 |
Tidak merekodkan jumlah epal yang dijual dan dibeli dengan tepat |
Menyediakan sistem bagi merekodkan hasil jualan secara tepat secara fizikal ataupun atas talian seperti Microsoft Excel |
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, program yang telah dijalankan telah berjaya mencapai objektif yang diingini dengan cemerlang, iaitu untuk menghargai jasa para pengajar dan staf di ASPutra. Para pelajar turut menunjukkan keikhlasan dan sepenuh komitmen mereka dalam menjayakan program ini, mencerminkan semangat kesukarelawan dan rasa terima kasih yang mendalam terhadap peranan penting para pendidik dan kakitangan institusi. Prestasi luar biasa pelajar dalam menyertai dan melibatkan diri dalam program ini tidak hanya mencerminkan keberhasilan program itu sendiri, tetapi juga menonjolkan semangat kesatuan dan kekukuhannya di kalangan komuniti pelajar ASPutra. Keikhlasan dan komitmen ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pengajar, tetapi turut memberi impak positif dalam pembangunan personaliti dan pembentukan nilai-nilai keperibadian yang tinggi dalam kalangan pelajar. Selain itu, melalui analisis laporan kewangan, dapat di buktikan bahawa program ini bukan hanya sekadar memberi penghargaan emosi, tetapi juga memberi pulangan yang positif dari segi kewangan. Kejayaan ini memberi keyakinan kepada pihak pengurusan untuk terus menyokong dan menganjurkan aktiviti pelajar yang seumpama, yang bukan hanya dapat meningkatkan semangat kebersamaan di kalangan pelajar, tetapi juga dapat memberi sumbangan kepada perkembangan keseluruhan institusi. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa program penghargaan ini telah menjadi contoh kejayaan dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Keberhasilan ini memberi sinar harapan dan inspirasi kepada semua pihak terlibat untuk terus membangunkan dan menyokong inisiatif yang serupa di masa hadapan. Program ini telah membuktikan bahawa apabila keikhlasan, komitmen, dan sokongan kewangan bersatu padu, ia mampu mencapai kejayaan yang luar biasa dalam menghargai dan memotivasi komuniti pendidikan di ASPutra.
Penasihat
Dr. Muhammad Alif bin Mohammad Latif Timbalan Pengarah II (HEP & JINM)
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
Puan Munirah Kamal
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
Cik Ermelia Rohayu Ramlan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
Ilham bin Roshidi
Mohamad Ridzwan bin Shahul Hameed
Syaza Marinah binti Mohamed Ghouse
Humaira binti Aidil Shah
Soo Jin Hong
Muhammad Irfan Danish bin Mohd Shamsuri
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM APPLE’S DAY 2024
GAMBARAN LAPORAN PROGRAM APPLE’S DAY 2024
|
Rajah 1: Sekitar 12 p.m. ahli jawatankuasa melakukan persiapan untuk program Apple’s Day |
|
Rajah 1.1 : Pada 1 p.m. pelajar bersama pensyarah hadir |
|
Rajah 1.2 : Emcee memulakan program dengan aktiviti “Guess the Teacher” |
|
Rajah 1.3 : Gerai jualan crochet Apple’s Day dibuka |
|
Rajah 1.4 : Ketibaan pengarah dan pihak tertinggi pengurusan ASPutra |
|
Rajah 1.5 : Ucapan dari president ASPutra 19 Ilham bin Roshidi |
|
Rajah 1.6 : Ucapan dari Pengarah ASPutra Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah |
|
Rajah 2 : Perasmian Peogram Apple’s Day dari pengarah ASPutra Prof. Madya Dr. Marina Mohd Top @ Mohd Tah |
![]() |
Rajah 2.2 : Sesi bergambar bersama pihak tertinggi pengurusan ASPutra dan semua pelajar dan pensyarah yang hadir |
Kemaskini:: 27/03/2024 [hasniah]
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor
Hotline : 011-39659550