LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM ASPER 19 SESI 2023/2024 | CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ASPUTRA ACTIVITIES » Student » LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM ASPER 19 SESI 2023/2024

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM ASPER 19 SESI 2023/2024

LAPORAN MAJLIS MAKAN MALAM ASPER 19 SESI 2023/2024

Dr. Muhammad Alif Mohammad Latif, Nur Atikah Saleh Hodin & Muhammad Khairul Jauhari Othman

 

 

Program Majlis Makan Malam dan Anugerah ASPer 19 telah dilaksanakan pada hari Jumaat, 24 Mei 2024, dari jam 8.00 malam hingga 11.30 malam di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia. Program ini dikendalikan oleh Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (HiCOM) berserta ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam dan Anugerah ASPer 19, yang terdiri daripada pelajar-pelajar ASPer 19 yang telah dilantik. Program ini mencatatkan sambutan yang memuaskan iaitu dengan penyertaan 250 orang pelajar dan 27 tetamu kehormat.  Majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu kehormat terdiri dari barisan pengajar dan staf dan diteruskan dengan pelbagai persembahan dari pelajar ASPer 19. Majlis juga diselingkan dengan sesi santapan dan acara penyampaian anugerah serta cabutan bertuah.

 

Majlis Makan Malam dan Anugerah ASPer 19 adalah suatu program tahunan hasil inisiatif Persatuan Pelajar Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia yang dicadangkan bertujuan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah para pelajar program Asasi Sains Pertanian (ASPer) barisan pensyarah ASPer dan juga staf Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra). Beberapa persembahan pelajar ASPutra turut diselitkan dalam aturacara program sebagai suatu langkah untuk mengeksplorasi bakat serta menonjolkan kebolehan pelajar di luar bidang akademik. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menghargai kecemerlangan akademik pelajar dan diharapkan dapat berperanan sebagai platform untuk membentuk kemenjadian mahasiswa yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, tetapi juga berkemahiran dan holistik. Penyempurnaan program ini bermula dari peringkat penyediaan kertas kerja, pengurusan program sehingga perlaksanaan majlis yang kesemuanya dilaksanakan oleh pelajar dengan bantuan pegawai pemantau yang telah dilantik.

                                                            Persembahan nyanyian oleh pelajar ASPer 19.

 

Updated:: 16/08/2024 [hasniah]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCE OF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
S.2025/3/17:3:15:04~noCache