Asasi Education Fair 2019 | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Asasi Education Fair 2019

Asasi Education Fair 2019

Asasi Education Fair 2019 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Februari 2019. Program bermula dari jam 8.00pagi hingga 4.30petang bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dewan Besar UPM).

Sebanyak 13 buah fakulti, Bahagian Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, WAZAN, Koperasi UPM, Persatuan Silat Cekak, Unit Kaunseling dan Kerjaya turut bersama-sama dalam porgram ini.
Matlamat utama program ini untuk memberi pendedaha kepada pelajar ASPer dan orang awam tentang program-program pengajian yang ditawar oleh UPM telah berjaya dilaksanakan melalui beberapa aspek seperti taklimat, penerangan di booth dan oleh alumni program dalam perkongsian pembelajaran.
Pihak penganjur juga amat berbesarhati di atas kunjungan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang turut hadir serta sudi menyampaikan hadiah cabutan bertuan berupa sebuah basikal kepada pelajar.

Semoga program in dapat dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang. 

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 20/11/2019 | hasniah

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
SXDcRAI~