Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas | PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas

Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas



Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Program Asasi Sains Pertanian Laluan Pantas akan ditangguh ambilannya mulai semester pertama sesi 2016/2017.

Penangguhan ini adalah sebagai menghormati keputusan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang tidak membenarkan penggunaan keputusan percubaan SPM digunapakai sebagai syarat kemasukan ke IPTA/IPTS.

Kepada para pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi Sains Pertanian anda boleh memohon terus melalui http://www.upu.mohe.gov. Program yang ditawarkan adalah Asasi Sains Pertanian (PM0050). Permohonan kebiasaanya bermula pada awal bulan Januari setiap tahun.

Untuk maklumat syarat kemasukan anda boleh layari link ; http://www.asasi.upm.edu.my/kandungan/asasi_sains_pertanian-1184 dan anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Pusat Asasi Sains Pertanian.


NEW....

PENGAMBILAN PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN LALUAN PANTAS DITANGGUHKAN MULAI SESI 2016/2017.

KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN OLEH UPM, ANDA DIGALAKAN MEMOHON MELALUI UPU BERMULA JANUARI 2017.

SILA SEMAK SYARAT KEMASUKAN UNTUK ASASI SAINS PERTANIAN (ARUS PERDANA) UNTUK TUJUAN TERSEBUT di ; http://www.asasi.upm.edu.my/kandungan/asasi_sains_pertanian-1184

PROGRAM ASASI SAINS PERTANIAN –LALUAN PANTAS

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi Program Asasi Sains Pertanian – Laluan Pantas ialah selama lapan bulan (dua semester) yang akan bermula pada   
Januari dan berakhir pada awal September tahun berkenaan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM dengan memperolehi 5 Gred A- dan 2 Gred B dalam mata pelajaran  
berikut :-

    • Biologi
    • Kimia
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Bahasa Melayu dan
      Bahasa Inggeris.




PROGRAM YANG BOLEH DIIKUTI DI PERINGKAT IJAZAH

Lepasan Program Asasi Sains Pertanian - Laluan Pantas akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pada awal September tahun
yang sama dengan mengikuti salah satu daripada program diperingkat ijazah di UPM yang mana seperti berikut kecuali Doktor
Perubatan:

Fakulti Pertanian

PG11               Bacelor Sains Pertanian

PG14               Bacelor Sains Hortikultur

PP05                Bacelor Sains (Perniagaantani)

PG27               Bacelor Pertanian (Akuakultur)

PG32               Bacelor Pertanian (Sains Ternakan)

Fakulti Perhutanan

PG12               Bacelor Sains Perhutanan

PY11                Bacelor Sains Teknologi Kayu

PG47               Bacelor Sains Taman dan Rekreasi

Fakulti Perubatan Veterinar

PM01              Doktor Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan

PM02              Bacelor  Sains (Sains Bioperubatan)

PM05              Bacelor  Sains (Dietetik)

PM09              Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti)

PM10              Bacelor  Sains (Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan)

Fakulti Kejuruteraan

PK 01              Bacelor Kejuruteraan (Awam)

PK02               Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik)

PK03               Bacelor Kejuruteraan (Kimia)

PK05               Bacelor Kejuruteraan (Pertanian dan Biosistem)

PKO8               Bacelor Kejuruteraan (Mekanikal)

PK15               Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa)

PK16               Bacelor Kejuruteraan (Proses dan Makanan)

PK17               Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer dan Komunikasi)


Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan

PG09               Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

PG17               Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Fakulti Pengajian Pendidikan

PT09                Bacelor Pendidikan ( Sains Pertanian)

Fakulti Sains

Bacelor Sains (Kepujian)
PS02                Major Biologi

PS08                Major Matematik
PS09                MajorStatistik
PS15                Major Fizik
PS28                Major Kimia

PS29                Major Kimia Perindustrian

PS30                Major Kimia Petroleum

PS36                Major Sains Bahan

PS37                Major Sains Intrumentasi

Fakulti Rekabentuk Dan
Senibina

PH02               Bacelor Senibina Landskap

Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul

Bacelor Sains (Kepujian)

PG07               Bioteknologi

PS26                Biokimia

PS27                Mikrobiologi

PS71                Biologi Sel dan Molekul

 

Fakulti Sains Alam Sekitar

PG46               Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar

PP43                Bacelor Pengurusan Alam Sekitar


   


Kemaskini:: 27/09/2016 [hasniah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397696998
tiada
F, (08:22:50pm-08:27:50pm, 12 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]